PETALING JAYA: PAS mengesahkan tiada seorang pun wakil rakyatnya menyokong
Anwar Ibrahim, tidak lama selepas presiden PKR itu mengumumkan beliau mendapat
“sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan” bagi membentuk kerajaan.
“Satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan,” kata Timbalan Presiden Tuan Ibrahim
Tuan Man kepada FMT.
Sementara itu, Naib Presiden Nik Mohd Amar Abdullah meminta FMT tunggu
kenyataan perdana menteri “petang nanti”.
Terdahulu, Anwar pada sidang media mengumumkan dapat “sokongan dan majoriti
kukuh dan meyakinkan” untuk membentuk kerajaan baharu, dengan “majoriti
menyokong juga dalam kalangan ahli Parlimen Melayu dan Islam”.
Anwar mendakwa beliau boleh membuktikan sokongan itu “secara konklusif”.
“Majoriti menyokong juga dalam kalangan ahli Parlimen Melayu dan Islam,” kata
Anwar.
Daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat, BN mempunyai 43 wakil rakyat, PPBM (31),
PAS (18), GPS (18), dan STAR (1).
Di samping itu, PH mempunyai 91 wakil rakyat, Warisan (9), PBS (2), dan PSB
(1).
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel