Warga emas didakwa ditanam hidup-hidup di Kluang tidak benar



UPDATE TERKINI: Bukan ditanam, warga emas keluar mencari tin terperangkap dalam lumpur tanah liat selama 3 hari

Seorang warga emas dijumpai ditanam hidup-hidup hari ini.

Melalui satu rakaman video amatur yang dikongsikan oleh Muhammad Shahideen, warga emas yang diselaputi dengan tanah dilihat tidak bermaya dianggkat oleh seorang buruh pembinaan.



Salah seorang dari mereka memaklumkan mereka menjumpai warga emas itu yang ditanam hidup-hidup.

Dari percakapan di dalam video tersebut, pekerja buruh pembinaan tersebut dipecayai berasal dari negera seberang Indonesia.

Kejadian katanya berlaku di Kluang Johor.



Sehingga artikel ini ditulis tidak diketahui butir lanjut berkenaan keadaan warga emas tersebut.

Setakat hari ini tiada kenyataan rasmi dari pihak berkuasa tentang perkara ini.

Diharap pihak berkuasa dapat menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pelaku yang tidak berperikemanusiaan jika perkara ini benar. – Cinca



Please subscribe



Join our Telegram Channel
Telegram