Isu Air Selangor: Kami sudah fed up!



Tahun ini sahaja, sudah beberapa kali Lembah Klang mengalami masalah gangguan air sejak dari bulan Mac berpunca daripada sumber air yang tercemar.

Menurut New Straits Times, gangguan air di Selangor ini telah menyebabkan rakyat di negeri tersebut termasuklah di Kuala Lumpur sudah semakin ‘fed up’ dengan masalah yang tidak berkesudahan ini.

Seorang penduduk, Noorliani Mohamad Noor dari Taman Pelangi berkata, dia dan jiran yang lain terkejut bila mendapat tahu yang terdapat gangguan air tidak berjadual berlaku semalam.



“Ia berlaku secara tiba-tiba. Kami tak tahu apa nak buat. Kami hanya dengar yang ada pencemaran air (di Sungai Selangor).

“Selalunya, kita akan diberitahu terlebih dahulu tentang gangguan ini supaya kita boleh simpan air,” katanya.

“Gangguan air lebih 48 jam. Macam mana nak masak dan mandi dengan anak dua orang?”

Seorang lagi penduduk, Norrasmawani Kamaruddin dari Bestari Jaya, Selangor pula berkata pili air rumahnya kering semenjak pagi semalam.



“Susah kalau gangguan air berlaku lebih daripada 48 jam bagi keluarga saya. Dengan dua anak di rumah, macam mana mereka nak mandi dan saya masak makan malam atau makan pagi?” katanya.

Penduduk bernama K. Girija pula berpendapat supaya kerajaan tampil ke depan dan beritahu hal sebenar.

Kami bayar bil dan kami harap diberikan update setiap jam. Beritahu kami, apa yang menyebabkan pencemaran ini? Adakah ini pencemaran kimia?”

Sehingga kini, masalah air di Selangor masih belum dapat diselesaikan dan pihak berwajib menjangkakan minimum 4 hari gangguan air di kawasan-kawasan terbabit. – LobakMerah


















Join our Telegram Channel
Telegram