Terkulat-kulat muka Fahmi Fadzil kena sekolah dengan Annuar Musa



SESI penggulungan sebelah petang menghangatkan Dewan Rakyat hari ini apabila Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menggunakan peluang yang ada untuk menjawab persoalan beliau sebagai orang luar yang memegang portfolio itu.

Katanya, tindakan Hannah Yeoh (Dap-Segambut) dan Fahmi Fadzil (PKR-Lembah Pantai) yang menyebut beliau adalah orang luar yang ingin campur tangan soal Kuala Lumpur.

Annuar: Yang Berhormat (YB) sendiri bukan orang Kuala Lumpur. YB orang Selangor dan masih bermastautin di Selangor, menjadi wakil rakyat di Selangor.

Hannah Yeoh: Saya dilahirkan di Kuala Lumpur YB Menteri. Saya dilahirkan di Hospital Sentosa Kuala Lumpur.


Annuar: Hospitalnya saja. Tapi YB duduk di Selangor, lahir mungkin di hospital di Kuala Lumpur.

Fahmi: Saya membesar dekat dengan rumah Tan Sri.

Annuar: Saya tahu YB punya alamat di Jalan Setia Bakti di Kuala Lumpur, juga saya tahu kerana YB kahwin dengan orang situ.

Fahmi: Ya betul...betul. Dekat dengan YB Pagoh

Annuar: Tapi YB lahir di hospital lain, bukan di situ. Saya sudah study (kaji).

Fahmi: Membesar di Bukit Damansara


Annuar: Yang di-Pertua, saya nak sebut kita sebagai ahli parlimen, kita tidak boleh mengungkit menteri itu datang daripada mana. Sebab kalau ditanyakan kerajaan terdahulu, daripada mana datangnya Shah Alam (Khalid Samad) yang dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan. Shah Alam dilahirkan di Kota Bharu, sebahagian keluarganya di Johor. Kenapa Pakatan Harapan lantik dia sebagai Menteri Wilayah?

Ahli Parlimen Ketereh itu turut menjelaskan ketika Hannah dan Fahmi lahir, beliau sudah pun bermastautin di Kuala Lumpur dan memiliki rumah pertama di ibu negara. – Hmetro



Join our Telegram Channel
Telegram