Syed Saddiq bongkar, Dr M amal politik wang, kroni korporat



Kaki bongkar juga, Syed Saddiq ni setelah dia "move on" dari PM7.

Minggu lepas dia bongkar bahawa ianya memang rancangan jahat PH dari awal lagi untuk mansuh dan turunkan bantuan kepada Rakyat pada dua tahun pertama PH memerintah supaya ianya dinaikkan semula pada 3 tahun kemudiannya sebelum PRU15.

Ini strategi PH dulu untuk memburukkan kerajaan BN kononnya negara dah bankrap bawah BN dan Rakyat perlu ikat perut.



Lalu mereka akan umum PH telah "berjaya selamatkan" negara semasa mereka naikkan bantuan kemudian.

Rakyat sengaja dimangsakan dan disusahkan selama 2 tahun hanya kerana permainan politik PH. Rujuk di sini.

Hari ini, Syed Saddiq bongkar pula bahawa parti Bersatu PM7 banyak mengamalkan politik wang dengan kroni-kroni korporat.



"Ada struktur penama (nominee), ada struktur kontrak terancang dan banyak lagi.." kata Syed Saddiq. Rujuk di sini.

Aiks... parti PM7 banyak mengamalkan politik wang dan kroni-kroni korporat?

"Cash is king" ke, PM7?

– Najib Razak


ARTIKEL BERKAITAN:




Join our Telegram Channel
Telegram