Siasat Guan Eng, Tony Pua, Tommy Thomas dari A-Z, baru adil – Puad Zarkashi



SIASAT LIM GUAN ENG DARI A-Z BARU ADIL

Saya ingin bertanya kepada SPRM, sudahkah akaun dan aset Lim Guan Eng dibekukan? Takut sumbernya dari wang RM3.3 Juta itu.

Sarawak Report dakwa RM3.3 Juta itu kecil sangat. Kecil kecillah. Pokoknya rasuah. Rasuah tetap jenayah. Mana tahu ada yang lain pula.

Saya juga ingin bertanya kepada LHDN, sudahkah siasatan terhadap aset dan modal Lim Guan Eng dibuat. Elok disiasat mulai tahun 2008.



Jangan lupa siasat juga Tony Pua. Dia operator utama semasa Guan Eng berkuasa di MOF. Dia tekan LHDN supaya pemimpin UMNO disiasat habis habisan.

Sekarang giliran kamu.

Saya juga ingin bertanya kepada PDRM, bila lagi nak serbu rumah Guan Eng. Sita semua handbag milik Betty, takut ada kaitan dengan wang RM3.3 Juta.

Kalau Najib boleh didakwa kononnya meminda deraf awal laporan 1MDB, maka bila Lim Guan Eng akan disiasat kerana meminda keputusan pembekuan akaun TS Lim Soon Peng.



Surat Tommy Thomas kepada Guan Eng bertajuk “Application to Release The Frozen Accounts of Tan Sri Dato’ Lim Soon Peng bukti kuat campur tangan itu.

Surat itu mendedahkan Lim Guan Eng telah menulis minit kepada Tommy Thomas bertarikh 19 Febuari 2019 supaya akaun Tan Seri tersebut dinyahbekukan.

Semua itu membuktikan zaman PH ada campur tangan politik, balas dendam Politik dan pelepasan politik. Guan Eng wajar terima pembalasan. – Dr Puad Zarkashi


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram