Siapa kata Bung tak popular? Video ini cecah 10 juta tontonan


Please subscribe


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Bin Maslan melalui akaun Twitter miliknya, memuat naik tangkap layar hantaran di Facebook yang menunjukkan perbahasan melibatkan Ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, pernah dilihat hampir 10 juta orang pada tahun 2019.

Siapa kata Bung tak popular?

Dalam catatannya, Ahmad Maslan menulis, “Tahniah YB DS @MyKinabatangan Bung Moktar, video bahas RUU di #DewanRakyat dilihat 9.5 juta”.



Tambah beliau lagi, “Teruskan usaha utk menangi #PRNSabah. #Rakyat ingin Kjaan (kerajaan) yg tunai janji & boleh majukan kws (kawasan) desa & kota dgn baik”

“Kjaan (kerajaan) Pusat berupaya majukan Sabah. Penting Pusat & Negeri itu sehaluan”, kata beliau di akhir hantaran berkenaan.

Secara tidak langsung (walau tidak disebutkan secara terus), hantaran ini adalah bukti pemilihan Bung untuk mengetuai UMNO/BN dalam pilihanraya negeri bulan depan, adalah tepat sekalipun dibantah beberapa pihak.



Bung Mokhtar telah dipilih sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya untuk proses pilihanraya negeri Sabah bulan depan.

Pemilihan beliau yang dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu bagaimanapun, dibantah sebilangan ketua bahagian UMNO negeri diketuai Datuk Seri Abdul Rahman Dahalan, kerana beranggapan ia tidak selari dengan autonomi Sabah yang diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2018.

Selain Bung sendiri berhadapan dengan beberapa kes di Mahkamah – SuaraTV


ARTIKEL BERKAITAN:




Join our Telegram Channel
Telegram