Saya tidak letak jawatan – Dr M



"SAYA tidak letak jawatan. Ahli daripada kerajaan mungkin tidak faham Perlembagaan kita, apabila parti Bersatu keluar dari Pakatan Harapan (PH), maka PH pun jatuh tak jadi kerajaan lagi," kata Tun Dr Mahathir Mohamad (Bebas-Langkawi).

Dr Mahathir yang juga mantan Perdana Menteri berkata, beliau tidak boleh lagi menyandang jawatan Perdana Menteri apabila PH sudah tidak menjadi kerajaan.



"Jadi macam mana saya nak letak jawatan lagi, saya dah tak ada jawatan. Ini saya fikir payah nak difahami... diulang perkara ini berkali-kali macam tak boleh dengar ke tak tahu lah.

"Tetapi sebenarnya tak ada peletakan jawatan. Saya cuma memberitahu kepada Yang di-Pertuan Agong keadaannya iaitu saya letak jawatan.

"Ini bukan bermakna saya buat keputusan sendiri nak letak jawatan. Apabila parti saya keluar dari PH, PH tak jadi kerajaan lagi dan semua ahli PH tentulah tergugur kerana tindakan itu," katanya ketika membahaskan usul Rang Undang-undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan 2020) di Dewan Rakyat, hari ini.



Beliau berkata demikian ketika bangun mencelah perbahasan Datuk Hasbulllah Osman (BN-Gerik).

Sebelum itu, Hasbullah berkata, adalah tidak munasabah pihak pembangkang menuduh mereka menjatuhkan kerajaan kerana Perdana Menteri ketika itu (dari kerajaan PH) yang meletak jawatan. – Hmetro

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Mahathir letak jawatan PMi, tak serah jawatan kepada Anwar

Dah tu surat padia?


Join our Telegram Channel
Telegram