Khairuddin menteri banggang – Tony Pua



Sumber yang dekat dengan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Khairuddin Aman Razali mendakwa bahawa menteri itu menjalani pemeriksaan dan ujian khas dan ujian Covid-19 semasa tiba di tanah air pada 7 Julai setelah lawatan ke Turki.

Sinar Harian memetik sumber itu sebagai berkata bahawa pemeriksaan itu dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan mengambil masa kira-kira lima jam dan hasil ujiannya negatif.

"Beliau ke sana pada 3 Julai lalu selepas mendapat keizinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin malah Turki ketika itu adalah sebuah negara dikategorikan sebagai zon hijau.



"Isu ini akan dijawab oleh pihak menteri sendiri dalam masa terdekat," katanya.

Utuk rekod, ketika lawatan Khairuddin, lebih daripada 5,600 kes Covid-19 baru dan 93 kematian dilaporkan di Turki.

Turki mempunyai lebih daripada 250,000 kes dan 6,061 kematian akibat Covid-19.

Semalam di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok mempersoalkan tindakan Khairuddin dengan mengatakan bahawa dia tidak menjalani kuarantin wajib 14 hari seperti ditetapkan bagi individu yang pulang dari luar negara.



Bagaimanapun Ahli Parlimen Damansara hari ini mengecam tindakan Khairuddin yang tidak menjalani kuarantin itu dengan melabel beliau sebagai menteri banggang (bangang).

kenyataan Tony Pua yang menggunakan perkataan yang kurang manis dan tidak beradab itu menerima reaksi yang pelbagai dari netizen.

Rata-rata mempersoalkan tindakan Khairuddin dan tidak kurang juga yang mempertikaikan kemahiran berbahasa Melayu dengan betul di pihak Tony Pua. – Cinca




Join our Telegram Channel
Telegram