Tengku Zafrul dedah siaran Piala Dunia RM30 juta bukan ditaja tapi projek direct-nego PH



Menteri Kewangan Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini mendedahkan siaran Piala Dunia FIFA 2018 yang menelan belanja sebanyak RM30 juta yang kononnya telah ditaja oleh syarikat swasta adalah satu pembohongan Pakatan Harapan (PH).

Melalui senarai 101 projek rundingan terus yang dikongsikan oleh Tengku Zafrul itu, siaran piala dunia tersebut merupakan salah satu projek rundingan terus yang telah diberikan kepada syarikat Sports Media & Distributor Sdn Bhd.

Sebanyak RM30 juta telah diperuntukkan kepada Kementerian Kumunikasi Dan Multimedia di bawah menterinya ketika itu Gobind Singh Deo A/L Karpal Singh.



Pendedahan ini bercanggah dengan pemgumuman bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng yang mendakwa kos Rm30 juta tersebut telah ditaja oleh syarikat swasta.

Sebelum ini bekas menteri kewangan Lim Guan Eng membuat kenyataan yang disiarkan di Bernama memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan sudah mendapat penajaan sepenuhnya daripada syarikat swasta bernilai RM30 juta bagi menyiarkan perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 secara langsung menerusi saluran RTM.

Beliau berkata, kerajaan persekutuan tidak akan membelanjakan satu sen pun untuk siaran langsung Piala Dunia 2018.



"Kita telahpun memperolehi tajaan daripada syarikat-syarikat swasta sebanyak RM30 juta dan mereka akan dapat pulangannya dengan iklan iaitu iklan-iklan syarikat tersebut akan disiarkan semasa siaran langsung Piala Dunia diadakan." katanya kepada pemberita di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) pada Ahad, 3 Jun 2018.

Nampaknya rakyat Malaysia sudah banyak kali dikencing oleh pemimpin-pemimpin PH sewaktu memerintah dahulu.

Tetapi bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Setiap pembohongan PH sedikit demi sedikit dibongkarkan.

Mungkin rakyat Malaysia perlu berfikir dan membuat keputusan yang muktamat untuk tidak lagi memilih pemimpin-pemimpin PH yang gemar menipu dan asyik memutar-belit kenyataan. – Cinca

Sumber keratan gambar diambil dari Nabeel Naqie.


Keratan berita dari Berita Harian Online.


ARTIKEL BERKAITAN:



Join our Telegram Channel
Telegram