TERKINI: Syed Saddiq ditahan SPRM sebentar tadi?



Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman difahamkan telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebentar tadi.

Perkara ini dimaklumkan oleh Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo di akaun facebook milik beliau.

Sebelum ini seramai lima orang pemimpin Armada telah ditahan SPRM bagi membantu siasatan mengenai wang tunai bernilai ratusan ribu yang didakwa milik parti Bersatu.


Loading...

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor merampas sejumlah wang tunai berjumlah RM600,000 dari rumah dua anggota Pemuda Bersatu (Armada) semalam.

Menurut laporan The Star, wang tersebut dipercayai milik parti itu.

Laporan itu menambah SPRM juga merampas sebuah kereta berharga RM100,000 milik pihak ketiga yang dipercayai telah dibeli menggunakan dana yang disalahgunakan.

SPRM menolak dakwaan bahawa siasatan berkenaan bermotifkan politik dan menegaskan suruhanjaya itu hanya menyiasat aduan yang dibuat Syed Saddiq berhubung kehilangan wangnya sejumlah kira-kira RM250,000 pada Mac lalu.


Loading...

Bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sebelum ini mempersoalkan adakah SPRM gagal mengesahkan bahawa sumber dana yang dicuri itu adalah dari ibubapa Syed Saddiq memandangkan ibubapanya telah dipanggil sebanyak 4 kali pada waktu itu.

Najib juga mempersoalkan adakah Syed Saddiq dan ibubapanya telah memberi kenyataan palsu kepada SPRM sekiranya pihak berkuasa berjaya membuktikan sumber dana itu sebenarnya adalah dari ARMADA?

Bagaimanapun sehingga setakat ini, belum ada pengumuman rasmi dari pihak SPRM mahupun pihak Syed Saddiq tentang berita penangkapan tersebut. – Cinca

UPDATE: SPRM nafi Syed Saddiq ditahan

ARTIKEL BERKAITAN ISU WANG RM25K SYED SADDIQ




Join our Telegram Channel
Telegram