Teresa Kok kena balun dalam Parlimen selepas merendahkan rakyat Malaysia tak suka kerja ladang



Please subscribe


KUALA LUMPUR: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali [PAS-Kuala Nerus] menempelak bekas Menteri Industri Utama, Teresa Kok [DAP-Seputeh] yang tidak yakin dengan kebolehan rakyat untuk menerajui industri sawit Malaysia.

Menurut Khairuddin, tindakan Teresa meragui kebolehan pekerja tempatan untuk bekerja di ladang sawit seolah-olah tidak meraikan hasrat kerajaan untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk bekerja berbanding pekerja asing.

Teresa dalam soalan tambahan yang dikemukakan kepada Khairuddin mempersoalkan bagaimana MPIC akan merealisasikan Indeks Prestasi Utama (KPI) MPIC memandangkan kerajaan telah membekukan pengambilan pekerja asing sehingga penghujung tahun ini.

“Saya tidak pasti sama ada penjangkaan eksport minyak sawit bagi keseluruhan tahun 2020 ini akan tercapai selepas kerajaan membekukan pengambilan pekerja asing ke negara kita atas alasan memberi peluang kepada pekerja tempatan.


Loading...

“Yang Berhormat Menteri juga berkata sekiranya rakyat Malaysia berkerja di ladang sawit, boleh memperolehi pendapatan sehingga RM3,000 satu bulan.

“Tapi kita tahu warga Malaysia ini berapa tinggi gaji pun, mereka tidak suka bekerja di ladang, dan mereka biasanya adalah bekerja sebagai supervisor dan manager sahaja, jadi bagaimana Yang Berhormat Menteri mahu memastikan KPI MPIC tercapai?” soalnya.

Menjawab persoalan tersebut, kata Khairuddin, beliau amat yakin dan optimis bahawa pekerja tempatan juga mampu untuk menggerakkan industri sawit Malaysia seperti yang ingin dicapai kerajaan selain mengambil peluang ini mengembalikan hak rakyat untuk bekerja di ladang-ladang.

“Bagi saya, ini satu hala tuju yang sangat salah sebenarnya, di kala berlakunya PKP seumpamanya, ini adalah masa kita untuk mengembalikan hak rakyat Malaysia untuk bekerja di ladang-ladang.


Loading...

“Alasan yang kita berikan bahawa mereka tidak minat, ini persoalan subjektif yang perlukan kempen.

“Saya sangat optimis, kita boleh gerakkan perkara ini, tapi kalau Seputeh sebagai bekas menteri bersikap seperti ini, negatif thinking terhadap rakyat sendiri. Patutlah indusri sawit tidak maju!” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dari Ahli Parlimen Seputeh dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

MPIC pada tahun ini berhasrat untuk mengeksport minyak sawit beserta produk berasaskan sawit dengan jumlah keseluruhan RM65 bilion sehingga RM70 bilion. – HarakahDaily

ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram