Rayhan Kabir sembunyi – Polis



POLIS memberi jaminan kepada Rayhan Kabir bahawa keselamatannya akan terjamin dan dia hanya perlu hadir untuk memberi keterangan kepada pihak berkuasa sahaja.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya hanya ingin Rayhan hadir untuk menjelaskan dakwaannya seperti yang diucapkan dalam dokumentari terbitan Al Jazeera.

Loading...

“Kita dah cari dia, tanya kawan-kawannya termasuk pergi ke rumahnya untuk mencari tetapi dia telah bersembunyi.

“Dia tidak perlu risau, hanya perlu tampil untuk beri kenyataan untuk mempertahankan diri dia sahaja, jangan risau,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.

Pada Selasa lalu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon orang ramai membantu memberikan maklumat seorang lelaki warganegara Bangladesh bernama Md. Rayhan Kabir, 25 tahun.

Loading...

Imigresen dalam kenyataannya berkata, alamat terakhir lelaki itu ialah di Sirhan Legacy Sdn. Bhd, B-7-9 Menara Uncang Emas, No. 85, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur.

“Dia dikehendaki bagi tujuan membantu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 3 Julai lalu, Al Jazeera menyiarkan dokumentari berjudul Locked Up in Malaysia’s Lockdown dan Rayhan mendakwa wujud diskriminasi melibatkan kerajaan dalam mengendali kes Covid-19 membabitkan warga asing. – SM

ARTIKEL BERKAITAN:



Join our Telegram Channel
Telegram