Polis tangkap Farouk Musa kes cabul doktor pelatih lelaki



Polis telah menangkap seorang tokoh aktivis NGO susulan dakwaan mencabul seorang doktor pelatih.

Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim dalam suatu kenyataan memaklumkan penangkapan aktivis lelaki berusia 50an itu petang tadi untuk siasatan lanjut.

"Suspek... telah ditangkap pada hari ini 9 Jul 2020 petang tadi untuk siasatan lanjut.

"Suspek yang berkerusi roda dan lumpuh dari bahagian pinggang ke bawah dirakam percakapan dan akan diberi jamin," katanya.


Loading...

Terdahulu polis Kuala Lumpur juga mengesahkan telah menerima satu laporan polis yang dibuat pada 17 Februari 2020 oleh seorang lelaki Melayu berusia 27 tahun yang merupakan seorang doktor pelatih.

"Setelah membuat laporan Polis tersebut, pada awalnya, pengadu tidak mahu meneruskan tindakannya. Kemudian, pada 7 Julai 2020, pengadu meminta pihak polis untuk meneruskan siasatan.

"Menurut laporan pengadu, pada 4 Nov 2019, jam lebih kurang 12.00 tengahari, pengadu telah dicabul oleh suspek yang merupakan seorang lelaki Melayu di dalam bilik pejabat suspek di sebuah hospital di Kuala Lumpur," kata kenyataan polis pada hari ini.


Loading...

Menurut Mazlan, mangsa mendakwa lambat membuat laporan polis kerana khuatir kerjayanya akan musnah memandangkan suspek adalah penyelianya serta seorang yang berpengaruh.

"Polis menasihatkan mangsa kes sebegini agar tampil membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan terhadap pelaku dan hukuman yang setimpal dapat dikenakan kepada sesiapa yang terlibat," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan mencabul kehormatan. – Mkini

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Farouk Musa disiasat cabul doktor pelatih lelaki


Pengakuan aktivis IRF Hazman Baharom tentang gangguan seksual oleh Dr Ahmad Farouk Musa.

NGO IRF diketuai oleh Dr Ahmad Faourk Musa disenaraikan menerima peruntukan dana dari NED.

Dr Ahmad Farouk Musa kini berkerusi roda.

Dr Ahmad Farouk Musa dan IRF berjuang untuk menghapuskan undang-undang syariah melalui pindaan perlembagaan.


Loading...

Dr Ahmad Farouk Musa bersama Hannah Yeoh yang pernah didakwa cuba menyebarkan ajaran Kristian menerusi bukunya bertajuk “Becoming Hannah: A Personal Journey” yang diterbitkan pada 2014.

Dr Ahmad Farouk Musa bersama pengasas Bersih Maria Chin.

Dr Ahmad Farouk Musa bersama Ambiga Sreenevasan peguam kepada Lina Joy yang mahu murtad dan Siti Kasim aktivis LGBT Seksualiti Merdeka.


Loading...


Dr Ahmad Farouk Musa bersama sahabat baiknya Abdar Rahman Koya, Editor portal Free Malaysia Today (FMT) yang juga merupakan adik kepada Latheefa Beebi Koya bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Dr Ahmad Farouk Musa bersama Duta Iran Marziyeh Afkham di keduataan Iran-KL.



Join our Telegram Channel
Telegram