Polis mula siasatan terhadap laporan Al-Jazeera



KUALA LUMPUR: Polis memulakan siasatan berhubung laporan agensi berita antarabangsa Al Jezeera yang didakwa berniat memburukkan imej Malaysia menerusi dokumentari mengenai cara negara ini mengendalikan pendatang tanpa izin dalam usaha mengekang penularan Covid-19.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya menjalankan siasatan susulan laporan yang dibuat oleh Jabatan Imigresen di Balai Polis Presint 7 Putrajaya.

“Kita telah buka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.


Loading...

Siasatan dijalankan oleh polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Beliau berkata, pihaknya turut menerima laporan yang dibuat oleh seorang wanita berhubung isu sama di Putrajaya pada kira-kira 9 pagi tadi.

Mior Faridalathrash berkata, pengadu membuat laporan selepas menonton video dokumentari itu di laman YouTube dan keterangannya telah diambil.

Al Jazeera sebelum ini menyiarkan dokumentari bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam layanan terhadap pendatang tanpa izin ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani Covid-19.


Loading...

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata hari ini bahawa laporan yang dikeluarkan agensi berita tersebut yang mendakwa Malaysia melakukan diskriminasi terhadap pendatang tanpa izin adalah tidak tepat dan siasatan lanjut sedang dijalankan polis

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob mahu agensi berita antarabangsa itu memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana menyiarkan fakta tidak benar dan mengelirukan. – FMT


ARTIKEL BERKAITAN:



Please subscribe

* Sila dislike dan report video Al-Jazeera di atas



M Rayhan Kabir bekerja di syarikat Malik Streams Produstion & Distribution. Bukan syarikat kain.



Join our Telegram Channel
Telegram