Pekerja asing gaji rendah di Qatar rayu minta makan



DOHA: Pekerja asing bergaji rendah di Qatar terpaksa merayu meminta makanan, sedang kesan ekonomi yang teruk, disebabkan wabak koronavirus Covid-19, telah menyebabkan ramai menjadi sakit dan menganggur.

Dalam wawancara dengan lebih 20 pekerja, akhbar Britain The Guardian melaporkan kelmarin bahawa ramai pekerja itu melahirkan kebimbangan dan ketakutan kerana tiba-tiba tidak mempunyai pekerjaan, tidak dapat kembali ke negara mereka sendiri, dengan beberapa pekerja terpaksa meminta kepada majikan atau pertubuhan amal untuk mendapatkan makanan.


Loading...

"Bos saya katakan dia tidak ada wang. Bagaimana dengan keluarga saya di Filipina? Mereka perlukan wang saya...

"Bagaimana saya akan dapat makanan? Tidak ada yang beri kepada kami. Malah bos saya tidak berikan (apa-apa makanan)," kongsi seorang jurusolek Filipina yang enggan disiarkan namanya, dan berada di Qatar hanya dua bulan sebelum diberhentikan, lapor akhbar itu.

Seorang pekerja dari India yang hanya dikenali sebagai Encik Feroz berkata:

"Syarikat saya katakan mereka tidak akan membayar kami bagi bulan April tetapi mereka akan beri kami (sejumlah wang) untuk makanan, tetapi kami belum mendapatkannya...


Loading...

"Mereka beri kami sebilangan telur dan sedikit minyak beberapa hari lalu. Itu sahaja."

Negara Teluk kaya minyak itu bergantung pada jutaan tenaga kerja asing yang murah, kebanyakannya dari India, Pakistan, Nepal dan Sri Lanka, lapor AFP.

Ramai yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, pekerja binaan dan petugas kebersihan, tinggal di khemah-khemah yang tidak jauh dari bangunan pencakar langit dan pusat beli-belah moden di rantau itu. – BeritaHarianSg

ARTIKEL BERKAITAN: Media Qatar Al Jazeera fitnah Malaysia rasis terhadap warga asing semasa tangani Covid-19



Join our Telegram Channel
Telegram