Pegawai tinggi ATM ditahan SPRM berkait kes setpol Mat Sabu RM56 juta



SEORANG pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditahan untuk siasatan berkaitan kes rasuah membabitkan projek tertentu.

Sumber berkata, pegawai berkenaan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan dikatakan menerima rasuah RM500,000.

Loading...

Menurutnya, penahanan pegawai itu mempunyai kaitan dengan kes setiausaha politik bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berhubung siasatan rasuah membabitkan projek secara rundingan terus di Kementerian Pertahanan bernilai lebih RM56 juta.

"Reman terhadap pegawai kanan tentera itu disambung bagi melengkapkan siasatan SPRM," kata sumber berkenaan tanpa memperincikan perkara itu.

Terdahulu, SPRM menahan setiausaha politik bekas Menteri Pertahanan untuk membantu siasatan rasuah membabitkan projek secara rundingan terus di Kementerian Pertahanan bernilai lebih RM56 juta.

Loading...

Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman selama enam hari terhadap lelaki itu bermula hari ini hingga 13 Julai ini, selepas mendengar permohonan dikemukakan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Sumber berkata, lelaki itu dikatakan melakukan kesalahan di Kementerian Pertahanan ketika bertugas sebagai Setiausaha Politik menteri. – Hmetro

ARTIKEL BERKAITAN: SPRM tahan bekas setpol Mat Sabu berkait projek lebih RM56 juta






Join our Telegram Channel
Telegram