Norhizam bodohkan Adun DAP lagi, netizen sokong



Satu video perang mulut di antara blok Adun yang dipihak kerajaan dan pembangkang Melaka menjadi tular hari ini.

Perang mulut itu berlaku sejurus selepas Timbalan Speaker, Datuk Wira Ghazale Muhamad menasihatkan kesemua Adun supaya dapat berbahas dengan baik tanpa menggunakan perkataan yang menyakitkan hati

Perang itu berlaku apabila Adun Kesidang, Allex Seah Shoo Chin yang kerap menyalahkan Adun di sebelah blok kerajaan dengan pelbagai tuduhan.


Loading...

Adun Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis bangun dan membantah tohmahan dari Adun Kesidang yang mana tohmahan itu membawa implikasi negatif dan tidak menjurus kepada perbahasan yang sepatutnya.

Adun Bukit Katil yang juga bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari turut bangun menuduh Jailani telah menganggu perbahasan Adun Kesidang.

Keadaan menjadi semakin panas apabila Adun Kota Laksamana, Low Chee Leong bangun menjerit-jerit ke arah blok kerajaan dengan kata-kata yang menyakitkan hati.


Loading...

Datuk Norhizam bin Hassan Baktee bingkas bangun dan dewan menjadi semakin porak peranda apabila kedua-dua belah pihak menyerang antara satu sama lain.

Terdengar beberapa kali Norhizam membodohkan Adun-Adun DAP yang mana menjadikan suasana semakin panas.

Netizen yang menonton klip video tersebut dilihat menyokong tindakan Norhizam dan berpendapat Adun-Adun DAP itu sememangnya layak untuk dibodohkan. – Cinca



Loading...





Join our Telegram Channel
Telegram