Enggan letak jawatan akhirnya Nik Omar dipecat dari Yadim serta merta



PUTRAJAYA: Nik Omar Nik Abdul Aziz mengesahkan beliau melepaskan jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) semalam, ketika surat kepada kakitangan yayasan berhubung perkara itu tular di media sosial.

“Dibuat serta merta,” katanya kepada FMT, dan menambah ia selepas diarah berbuat demikian. Perkembangan ini 5 bulan lebih awal daripada kontraknya yang berakhir pada Disember.

Loading...

Beliau juga memaklumkan sudah ada calon untuk jawatan itu. “Setakat maklumat yang saya perolehi.”

Nik Omar dilantik mengetuai Yadim pada 14 Dis 2018 bagi tempoh 2 tahun ketika pentadbiran Pakatan Harapan, menggantikan Yusri Mohamad yang tamat tempoh kontraknya pada 31 Oktober.

Loading...

Pelantikan pemimpin Amanah itu, yang juga anak kepada pemimpin PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengikut fasal perlembangaan Yadim yang memberi kuasa pelantikan YDP dan timbalannya kepada perdana menteri. – FMT

ARTIKEL BERKAITAN: Asyraf gesa semua lantikan politik YADIM letak jawatan




Join our Telegram Channel
Telegram