Sengaja saya tak komen pasal Al Jazeera supaya rakyat Malaysia boleh nilai sendiri apa hubungan mereka dengan PH – Najib



Sengaja saya tak komen tentang laporan program 101 East Al-Jazeera yang memfitnah dan memburukkan negara berhubung pendatang tanpa izin dua hari dahulu.

Supaya Rakyat Malaysia boleh tengok dan nilai sendiri bahawa program ini banyak mengikut naratif orang PH serta NGO-NGO pro-PH.

Dah bertahun-tahun, saya merupakan orang yang menerima kesan paling teruk dari program ini.

Misalnya laporan mereka tahun 2015 untuk kes Altantuya di mana mereka dah lama cop saya sebagai pembunuh pada masa geng PM4 sedang memainkan isu ini.


Loading...

Dan juga pada wawancara tahun 2018 mereka apabila wartawan berkali-kali ingkar janji untuk tidak bertanya tentang kes 1MDB kerana kes baru masuk mahkamah masa itu dan saya dinasihatkan untuk tidak komen.

Tetapi mereka tetap tanya juga walaupun dah berjanji sebelum wawancara bermula untuk tidak tanya.

Namun setelah wawancara bermula, saya ada juga jawab sedikit.

Tetapi selepas saya jawab, dia tanya benda yang sama sekali lagi pulak!

Mana tak bengang masa itu?


Loading...

Dan tahun 2019 lepas juga apabila 101 East gunakan wawancara Deepak untuk banyak memfitnah saya dengan pelbagai tuduhan liar.

Selepas itu, Deepak kalah dalam mahkamah pada awal tahun ini dengan alasan hakim bahawa Deepak tidak ada sebarang bukti dan dia diarahkan untuk membayar kos kepada kita pulak.

"Kelima-lima defendan itu memfailkan permohonan untuk membatalkan saman atas alasan tuntutan saman kesemua plaintif tidak lengkap, tidak jelas serta tidak dapat dibuktikan."

"13 Jan 2020: Mahkamah batal saman Deepak terhadap Najib, Rosmah", Rujuk di sini.

Kesemua kes-kes itu adalah dari program yang sama. Program 101 East dari saluran Al Jazeera.

Masa itu, ramai yang percaya 101 East pulak!

(Siapa yang bersorak dan percaya semasa mereka menghentam saya masa itu, baik mengaku!)

Laporan oleh Al Jazeera yang bersifat palsu terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib.

Sekarang kita boleh nilai sendiri.

Sebab itu, saya nasihat Rakyat untuk mengambil pengajaran supaya kita tidak mudah percaya dengan segala laporan media asing - terutama dari media-media yang banyak bergantung kepada naratif pihak PH.

NOTA: Admin untuk page FB program 101 East Al-Jazeera ada 9 orang.

Tiga admin adalah dari Malaysia.

Siapakah mereka? FB Al Jazeera.

– Najib Razak


ARTIKEL BERKAITAN:

Admin Al Jazeera dikelola oleh 9 admin termasuk 3 dari Malaysia. Siapakah mereka?


Loading...


Al Jazeera dimiliki oleh negara Qatar yang kini diperintah oleh Tamim bin Hamad Al Thani. Mengapa Qatar begitu membenci Malaysia?

Kiri, Emir Qatar Tamim bin Hamad Al Thani. Kanan Presiden Iran Hassan Rouhani. Mengapa Qatar begitu membenci Malaysia tetapi mempunya hubungan baik dengan negara Iran?



Join our Telegram Channel
Telegram