KJ muat naik gambar bertemu Izzah, Rafizi



MENTERI Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dilapor bertemu dengan figura politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli.

Ia susulan Ahli Parlimen Rembau itu memuatnaik sekeping gambar dalam Twitternya pada pukul 2.30 petang hari ini.

“Berjumpa dengan sahabat-sahabat lama daripada Gen X sambil berbincang tentang konflik antara generasi boomers dan millenials.

“Saudara @rafiziramli (Rafizi Ramli) semakin berjaya dalam dunia tech start-up,” demikian ciap Khairy.


Loading...

Justeru, gambar dan ciapan itu mengundang reaksi netizen yang menyifatkan pertemuan tersebut sebagai trio pemimpin yang patut diketengahkan kerajaan.

Terdahulu, wujud desas-desus mengatakan bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, bekas Naib Presiden PKR, dan bekas Ahli Parlimen Pandan itu akan menubuhkan parti bersama.

Spekulasi tersebut timbul selepas mereka dilihat kerap bertemu dan didakwa merancang gerakan wadah politik baharu berteraskan orang muda.

Bagaimanapun, spekulasi kekali sebagai sepkulasi apabila ketiga-tiga pemimpin muda itu masih belum membuka mulut menjawab dakwaan tersebut.

Namun, pada hujung tahun lalu, Rafizi mengumumkan akan berundur daripada dunia politik walaupun masih lagi memegang jawatan sebagai Naib Presiden PKR.


Loading...

Terdahulu dalam pemilihan PKR pada 2018, beliau bertanding mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi jawatan Timbalan Presiden, tetapi tewas.

Mohamed Azmin bagaimanapun dipecat daripada parti selepas terlibat dengan ‘Langkah Sheraton’ yang dikatakan menjadi punca perpecahan Pakatan Harapan (PH).

Dalam pada itu, gabungan Khairy, Nurul Izzah dan Rafizi dilihat mampu meraih perhatian orang muda berdasarkan jumlah pengundi belia sedia ada.

Ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) seramai 7.09 juta daripada 14.9 juta anak muda turun mengundi.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pengundi antara 21 hingga 39 tahun itu merupakan bilangan pengundi terbesar dan dijangka bertambah dalam PRU-15 nanti. – SM




Join our Telegram Channel
Telegram