DUN Melaka kecoh ADUN DAP pertikai isu pakai basikal



AYER KEROH 23 Julai – “Tolong jangan ada gangguan dan patuh peraturan,” tegas speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-14 Datuk Seri Ab Rauf Yusoh selepas berlaku ketegangan dalam Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Ke-14, hari ini.

Ab Rauf berkata demikian ketika Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput Datuk Rafiq Naizamohideen sesi ucapan penggulungan mendapat ‘gangguan’ daripada pihak pembakang.

Loading...

Suasana menjadi lebih tegang dan beliau dilontarkan dengan perkataan pembelot apabila Rafiq mengatakan mereka tidak bersama Pakatan Harapan (PH) kerana rakyat menolak PH.

Beliau turut memberi contoh beberapa Piliharan Raya Kecil (PRK) sebelum ini antaranya Cameron Highland, Pahang; Semenyeh, Selangor dan Rantau, Negeri Sembilan.

Loading...

Situasi itu yang berlarutan beberapa minit turut membabitkan beberapa ADUN pembangkang termasuk Kota Laksamana, Gadek dan Ayer Keroh.

Beliau yang sebelum itu menjelaskan isu berkenaan tiga buah basikal yang didakwa dipakainya untuk kegunaan rasmi yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang supaya memulangkan semula kepada pihak Majlis Sukan Negeri (MSN). – Melakahariini.my

ARTIKEL BERKAITAN: [Video] Norhizam bodohkan Adun DAP lagi, netizen sokong



Join our Telegram Channel
Telegram