Dr M ulang Anwar tak sesuai jadi calon PM kerana tak popular dalam kalangan orang Melayu



KALA kebuntuan isu calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan (PH) masih berterusan, terbaharu Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan calon yang sesuai untuk diangkat ke jawatan tersebut memandangkan Presiden PKR itu tidak popular dalam kalangan orang Melayu.

Dr Mahathir berkata demikian menerusi satu wawancara bersama CNBC bagi menjawab persoalan mengapa beliau tidak menyerahkan tampuk pemerintahan negara kepada Anwar walaupun pernah mengatakan perkara sebaliknya pada tahun 2019.

Loading...

"Ya, beliau tidak begitu popular dalam kalangan orang Melayu. Sekarang, telah ditunjukkan bahawa sokongan orang Melayu sangat penting bagi mana-mana parti untuk memenangi pilihan raya.

"Kerana beliau tidak popular, sebagai pemimpin parti berbilang kaum, beliau memerlukan seseorang yang menjadi pemimpin orang Melayu untuk memenangi pilihan raya ini.

"Dengan diri saya sebagai calon perdana menteri, saya rasa kami akan mendapat sokongan orang Melayu," kata Dr Mahathir dalam wawancara yang disiarkan pada Rabu.

Loading...

Dr Mahathir menambah, dalam tiga pilihan raya umum yang lalu, Anwar gagal mendapat undi orang Melayu.

"Hanya ketika saya bergabung, kami berjaya menang. Dan ini adalah satu pencapaian, kerana selama 60 tahun, pemerintah adalah daripada parti yang sama.

"Ini adalah pertama kalinya perubahan itu dicapai," katanya.

Dr Mahathir sebelum ini menamakan Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Warisan, Datuk Seri Sahfie Apdal sebagai calon perdana menteri. – Mstar

ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram