Bekas calon PKR, 5 lelaki dituduh culik datuk seri



PETALING JAYA: Lima individu termasuk seorang warga Bangladesh dituduh di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan menculik seorang ahli perniagaan yang kemudian ditemui mati.

Azahari Shahrom Shaihmi, 56; Kasi Nasrul, 42, dari Bangladesh; Mohd Durai Abdullah, 52; Sheikh Ismail Sheikh Hassan, 26; dan N Vikneswarar, 28, dituduh bawah Akta Colek yang membawa memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika disabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Hakim Amor Abdul Hamid melakukan pendakwaan, manakala 5 individu terbabit tidak diwakili peguam.


Loading...

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Taman Kejiranan Central Spine, Jalan Margosa, Bandar Sri Damansara pada 10.30 pagi 19 Jun.

Individu ke-6, K Ramachandran dituduh bersubahat.

Ramachandran, 52, yang bergelar “Datuk”, diwakili R Sivaraj.

Tiada pengakuan salah dicatatkan.


Loading...

Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir menetapkan pengurusan kes pada 27 Ogos. Tiada ikat jamin diberi pada 6 orang itu.

Mangsa, R Arumugam, dilaporkan diculik semasa bersenam di sebuah taman permainan. Arumugam, 55, bergelar “Datuk Seri”.

Mayatnya ditemui pada 27 Jun.

Wang tebusan RM550 juta dituntut daripada keluarga mangsa tetapi tiada bayaran dibuat. – Mkini

ARTIKEL BERKAITAN: Dalang culik bunuh Datuk Seri adalah pemimpin PKR? – Chegubard




Mangsa, Datuk Seri R Arumugam.


Loading...





Loading...






Join our Telegram Channel
Telegram