Akhirnya Rayhan Kabir berjaya dicekup



KUALA LUMPUR: Lelaki warga Bangladesh dikenali Md Rayhan Kabir yang diburu Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) sebelum ini sudah ditahan agensi terbabit, hari ini.

Penahanan lelaki berusia 25 tahun itu disahkan sendiri Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud.

"Ya betul, Rayhan ditahan petang tadi," katanya ringkas kepada BH, sebentar tadi.


Loading...

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut, namun maklumat diterima mengatakan Rayhan dicekup ketika bersembunyi di sebuah kondominium di Jalan Pahang, di sini.

Foto penahanan Rayhan dengan tangan bergari turut dimuat naik melalui laman Twitter Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Jabatan Imigresen Malaysia sebelum ini memohon bantuan orang awam menjejaki lelaki itu yang memiliki alamat terakhir di Sirhan Legacy Sdn Bhd B-7-9, Menara Uncang Emas, di Jalan Loke Yew Kuala Lumpur, untuk membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.


Loading...

Rayhan sebelum ini dikesan membuat pelbagai dakwaan palsu berhubung layanan pihak berkuasa Malaysia kepada pendatang tanpa izin ketika negara menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membanteras penularan Covid-19.

Dia melemparkan tohmahan dan dakwaan tidak berasas itu menerusi kenyataan diberikannya kepada stesen televisyen antarabangsa, Al Jazeera, yang membuat laporan khas berhubung pendatang tanpa izin di negara ini.

Polis turut memulakan siasatan terhadap Al Jazeera susulan penyiaran dokumentari itu. – Bharian

ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram