Pengerusi LPU UUM sekat pensyarah menulis di media sosial?



Alor Setar – Universiti Utara Malaysia (UUM) dikatakan telah mengeluarkan larangan tidak rasmi terhadap Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsanya, Dr Kamarul Zaman Yusof, daripada membuat sebarang ulasan politik melalui media sosial bermula hari ini.

Dr Kamarul Zaman yang merupakan penganalisis politik telah diberi ingatan supaya berhenti mengulas hal politik melalui media sosial kerana banyak aduan terhadap ulasan politik beliau.

Menurut sumber, beberapa pentadbir UUM tidak berpuas hati dengan tulisan-tulisan Kamarul di media sosial yang kritikal terhadap Tun Dr Mahathir.

Kamarul diberi amaran akan dikenakan tindakan tatatertib sekiranya terdapat satu sahaja lagi aduan mengenai tulisan beliau di media sosial.


Loading...


Tinjauan Suara TV di akaun Facebook Dr kamarul juga mendapati tiada lagi sebarang kemaskini baharu sejak pagi tadi.

Ini merupakan kali kedua kontroversi membabitkan Kamarul dan penyokong Dr Mahathir di UUM.

Dua tahun lalu Kamarul mengumumkan peletakan jawatan sebagai pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) di Universiti Utara Malaysia (UUM) sebaik sahaja Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum lalu.

Kamarul ketika menjawab pertanyaan di Facebook tentang peletakan jawatan ketika itu itu berkata: “Saya dianggap anti-Mahathir dan ini boleh menyusahkan UUM.”


Loading...

Ada cakap-cakap yang mendakwa arahan itu dikeluarkan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UUM, Dato’ Prof Dr Sudin Haron.

Beliau merupakan mantan Prof UUM yang dilantik oleh Dr Maszlee Malik sewaktu memegang jawatan Menteri Pendidikan sebelum ini.

Bagaimanapun sejauh mana kebenarannya masih tidak diketahui secara pasti.

Netizen rata-rata mendesak lantikan PH agar meletakkan jawatan atau dipecat serta-merta bagi melancarkan perjalanan pengurusan di semua peringkat pentadbiran. – SuaraTV/Cinca



Join our Telegram Channel
Telegram