Ustaz Ebit hadiahkan isteri kereta Audi R8



KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Ebit Liew yang terkenal dengan sifat dermawan berkongsi klip video pendek di Instagram miliknya yang menunjukkan beliau berada dalam sebuah kereta sport mewah jenis Audi R8.

Daripada status pada video berkenaan, kereta tersebut dihadiahkan beliau untuk isterinya.


Jelas muallaf Cina itu, sedekah yang besar nilainya adalah dengan membelanja wang untuk isteri dan keluarga.

Menurut beliau, suami juga perlu berkongsi dengan isteri akan apa yang mereka suka di samping nafkah wajib.


Loading...

“Ada orang boleh beli kasut mahal. Beli rim kereta. Beli radio aksesori kereta atau motor. Belanja ikut kemampuan tanpa menyusahkan diri.

“Tapi dengan isteri dan keluarga susah nak belanja. Masam muka. Belanjalah kerana Allah buat keluarga.

Dengan belanja isteri dan keluarga Allah beri kita kaya dan rezeki melimpah ruah. Dan paling utama Allah maafkan dosa kita sebab pemberian kita.

“Sebelum pergi kerja saya selalu tinggal duit atas meja. Beri kad bank pada isteri. Ambil insuran buat isteri kerana Allah. Sebab tahu belanja anak dan isi rumah banyak. Barang dapur jer dah berapa. Susu pampers anak. Allahuakbar..


Loading...

“Dari dulu lagi. Tak pernah tanya duit tu untuk apa. Senyuman dan pengorbanannya tak terbayar. Janganlah kedekut pada isteri dan keluarga. Isteri ibu pada anak kita,” tulis Ebit.

Beliau turut meluahkan rasa sedih membaca ramai kisah yang apabila sudah senang lupa membelanja isteri mereka.

“Beri nafkah buat isteri ini wajib mengikut kemampuan. Senangnya apa kita suka untuk diri kita. Kita nak isteri dapat dan rasa perkara yang sama.

“Allah pasti berkati dengan sedekah. Sedekah paling besar nilainya ialah buat isteri dan anak-anak. Buat mak ayah. Dan juga adik beradik,” kata beliau.


Please subscribe


Sementara, Ebit sebelum ini telah membantu banyak golongan yang kurang bernasib di seluruh negara.

Walaupun dilemparkan dengan pelbagai tuduhan termasuk ada yang menuduh menyalah guna sumbangan orang ramai untuk tujuan peribadi, itu semua tidak menghalang beliau meneruskan usahanya.

Malah itu juga tidak menghalang untuk beliau turut berkongsi kisah peribadinya termasuk daripadanya pendapatan diperolehi beliau. – MalaysiaGazette



Join our Telegram Channel
Telegram