Tak perlu jarah Petronas pulih ekonomi – Tengku Zafrul



KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak meminta dividen khas daripada PETRONAS setakat ini, demikian kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada kerajaan akan berbuat demikian untuk membiayai perbelanjaan rangsangan tambahan.


Loading...

"Setakat ini, tidak ada (minta dividen tambahan daripada PETRONAS)," katanya pada sidang media selepas melawat ibu pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir dan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias.

Sebelum ini, penganalisis pasaran mencadangkan kerajaan boleh meningkatkan pendapatan tambahan bukan cukai untuk membiayai perbelanjaan rangsangan tambahan menerusi dividen tambahan daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau penjualan aset fizikal.


Loading...

Pada Februari lalu dilaporkan bahawa PETRONAS bercadang memberikan dividen RM24 bilion kepada kerajaan tahun ini.

Pada tahun lalu, PETRONAS memberikan dividen RM54 bilion kepada kerajaan, yang merangkumi dividen biasa RM24 bilion dan dividen khas RM30 bilion. – BHarian

ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram