SPRM lapor polis tindakan fitnah Ulya



SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Putrajaya hari ini terhadap Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Ulya Aqamah Husamuddin susulan tohmahan kepada agensi itu di dalam Facebooknya.

Pengarah Bahagian Siasatan Datuk Norazlan Razali berkata, Ulya Aqamah membuat tohmahan terhadap SPRM mendakwa siasatan SPRM terhadap beberapa Exco Armada adalah bermotifkan politik bagi menutup mulut mereka berhubung pendedahan audio berkaitan penawaran jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Loading...

Menurutnya, selain itu, beliau juga membuat pertuduhan liar menyatakan SPRM menahan empat ahli Armada iaitu Adam Mukhriz, Hannan Khairy, Redzuan Shafi dan Daniel Khusairi yang dikatakan telah dibuat tanpa mengikut prosedur dan undang-undang.

"Ini adalah suatu tohmahan berbaur fitnah dan saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa siasatan SPRM bukan bermotifkan politik tetapi berkaitan kes kehilangan wang seorang Pemimpin Armada serta penyelewengan dalam akaun Armada.

"SPRM mengesahkan bahawa satu lagi tangkapan telah dibuat ke atas seorang ahli Armada yang bertindak sebagai Bendahari sebuah Pertubuhan Belia di mana ia juga berkaitan dengan kes sama yang sedang disiasat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Loading...

Norazlan berkata, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan lewat petang semalam di Ibu Pejabat SPRM dan direman selama empat hari bermula hari ini hingga Isnin bagi membantu siasatan.

"Sekali lagi saya menegaskan bahawa siasatan ini bukan bermotifkan politik dan berharap senua pihak menghentikan sebarang bentuk spekulasi dan memberikan kerjasama kepada SPRM untuk melengkapkan siasatan," katanya. – Hmetro

ARTIKEL BERKAITAN: SPRM cekup ahli Armada, ramai lagi dijangka ditahan



Join our Telegram Channel
Telegram