Saya berharap inti karipap haruslah padat – Dr M



Saya berharap inti karipap haruslah padat. Itulah permintaan bekas perdana menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad antara syarat yang beliau wajibkan dipatuhi sewaktu mesyuarat majlis pimpinan tertinggi Bersatu kelmarin.

Surat bertarikh 1 Jun itu juga menetapkan agar mee hoon goreng dan kopi atau teh o turut dijadikan menu pada sidang mesyuarat itu nanti selain menetapkan kerusi dan meja harus disusun rapi.


Loading...

Surat yang ditandatangani oleh Mahathir itu mula dikongsikan oleh netizen sejak semalam dan menjadi tular.

Bagaimanapun tidak diketahui samada surat itu benar-benar asli atau sekadar 'troll' memandangkan Mahathir hanya tinggal berlima semenjak dilucutkan keahliannya dari parti Bersatu.


Loading...

Keahlian Mahathir dihentikan serta-merta selepas mengingkari parti dengan menyertai blok pembangkang di Dewan Rakyat.

Turut digugurkan anaknya, Mukhriz, serta Syed Saddiq, Maszlee Malik, dan Amiruddin Hamzah. – Cinca


Surat yang mula tular sejak semalam.

Dr Mahathir sedang periksa karipap.


Join our Telegram Channel
Telegram