KOTA KINABALU: Seorang peguam yang dikehendaki pihak berkuasa sejak 2017, direman 7 hari sehingga 18 Jun ini bagi membantu siasatan kes pembelian tanah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) di Tongod.
Majistret Lovely Natasha Charles membenarkan permohonan reman itu yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Loading...
Suspek berusia 63 tahun itu ditahan SPRM pada 4.15 petang semalam, selepas hadir ke pejabat agensi anti-rasuah itu di sini pada 1.30 tengah hari bagi memberi kenyataan berhubung kes berkenaan.
Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, berhubung kes pecah amanah.
Loading...
Terdahulu, suspek yang diiringi peguam Zahir Shah dan beberapa anggota SPRM, tiba di mahkamah kira-kira 9.40 pagi, menaiki kenderaan agensi anti-rasuah itu. – FMT
ARTIKEL BERKAITAN:
- Umno Sabah desak SPRM siasat kontrak jalan raya RM1.55 bilion
- Naib presiden Warisan dituduh pengubahan wang haram RM8.75 juta
- Najib explain kenapa Peter Anthony didakwa sekarang selepas 2 tahun
- Michael Ubu ditahan SPRM, direman esok
Join our Telegram Channel