Netizen Cina hina Islam, buka masjid keputusan sampah



Keputusan pembukaan semula masjid dan surau dalam zon hijau di Wilayah Persekutuan, bagi solat Jumaat dan solat berjemaah dengan perluasan bilangan satu pertiga had kapasiti bagi dewan solat utama bermula hari ini bagaikan tidak disenangi segelintir pihak.

Dalam ruangan komen di laman Facebook akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily News Malaysia, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan itu dan menyifatkan ia sebagai ‘sampah’ dari pihak berkuasa.

Sebagai respon kepada pengumuman itu, salah seorang pengguna laman Facebook dengan nama Temk Khoo dengan ringkasnya melabelkan keputusan berkenaan sebagai ‘sampah’.

“Rubbish (sampah),” katanya ringkas.

Loading...

Manakala, pengguna dengan nama Wingo Fei berkata, umat Islam tidak sepatutnya dibenarkan menunaikan ibadat solat di masjid.

“Tidak boleh benarkan mereka sembahyang dan berdoa,” katanya.

Pengguna, Isaac Soo pula meminta agar pihak berkuasa tidak membahayakan orang lain dengan membenarkan pembukaan tempat ibadat itu.

“Jangan membahayakan orang lain lagi, menyebabkan ramai orang mati. Syurga tidak akan menerima kamu,” katanya.

Sementara pengguna dengan nama Ginnie Gin pula berkata, jika pandemik Covid-19 ini kembali merebak, maka yang perlu dikurung adalah umat Islam sahaja.

Loading...

“Kalau merebak lagi, kurung komuniti dari bangsa kamu sahaja, jangan susahkan orang lain,” katanya.

Bertindak melampau dalam responnya terhadap keputusan itu pula adalah seorang pengguna dengan nama Kuan Ten How.

“Orang tua ini asyik dengan sembahyangnya, boleh mati ke kalau tak dapat sembahyang?,” katanya.

Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mengumumkan sebanyak 25 masjid dan 31 surau dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dibenarkan mengadakan solat Jumaat.

Selain menambah jumlah jemaah, sistem penggiliran atau sebarang mekanisme yang sesuai perlu dilaksanakan oleh jawatankuasa kariah masjid serta surau dalam zon hijau bagi memberi peluang orang ramai hadir solat berjemaah selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diumumkan. – Ismaweb



Join our Telegram Channel
Telegram