Naik kadar elektrik, rebat pun Bee Yin, PH tarik senyap-senyap – Najib



Selain menaikkan kadar elektrik, kerajaan PH dulu juga menarik balik rebat secara senyap-senyap bagi kebanyakan Rakyat tetapi PH masih mampu berlagak hero.

Selepas PRU14, Kerajaan PH kata mereka akan gandakan rebat elektrik yang diberi kerajaan BN daripada RM20 sebulan kepada RM40 bulan bermula 1 Jan 2019.

PH gandakan rebat! Fuh!

Tetapi ini yang mereka lupa sebut.

Dulu, rebat RM20 BN adalah terbuka kepada semua pelanggan.

Tidak perlu berdaftar. Rebat diberi secara automatik asalkan bil elektrik bulanan adalah RM20 dan ke bawah.


Loading...

Sebab itu, sebanyak 1.1 juta pelanggan domestik menerima manfaat setiap bulan secara konsisten untuk hampir seluruh tempoh saya PM.

Masuk PH je, mereka naikkan kepada RM40 sebulan tetapi mereka tukar syarat.

Hanya keluarga yang berdaftar dengan eKasih akan diberi rebat RM40 ini dan hanya keluarga dengan pendapatan bulanan RM950 ke bawah layak untuk berdaftar dengan eKasih.

Oleh kerana syarat adalah amat ketat, hanya 75,000 keluarga seluruh negara mendapat rebat RM40 elektrik berbanding 1.1 juta yang medapat rebat RM20 sebulan.

"Mac 2019: Lebih 75,000 terima bantuan program rebat bil elektrik RM40". Rujuk di sini.

Bayangkan penjimatan maksima rebat untuk kerajaan PH.


Loading...

Dulu bawah BN: 1.1 juta X RM20 X 12 bulan = RM264 juta.

Bawah PH: 75,000 X RM40 X 12 bulan = RM33.6 juta.

Mereka potong jumlah pembiayaan bagi rebat sebanyak 88% tapi propaganda mereka kata mereka gandakan rebat pulak.

Itulah cara Gagalkrasi PH menipu Rakyat pada masa dulu.

Januari PH kata 185,000 is rumah nikmati rebat RM40, rujuk di sini, tiba- tiba Mac turun 75.000 je terima rebat, rujuk di sini.

– Najib Razak

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya terdedah, Bee Yin, PH tekan rakyat sejak PRU14 naik kadar elektrik walaupun kos bahan api turun






Join our Telegram Channel
Telegram