LTTE: Sivarasa dipanggil beri keterangan



Anggota Parlimen Sungai Buloh R Sivarasa dipanggil untuk memberi keterangan kepada polis berhubung kenyataan yang dibuatnya tahun lepas berhubung isu tangkapan berkaitan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

"Tahun lepas saya beri komen di Malaysiakini berkenaan tangkapan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012) (Sosma) yang dikatakan melibatkan LTTE dan menjelaskan pandangan berkenaan peranan 'deep state' (daulah terpendam).

"Sekarang saya telah diarahkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh pada hari Rabu untuk siasatan. Macam kembali ke era BN," katanya di Twitter hari ini.

Loading...

Pada November tahun lalu, Sivarasa yang ketika itu menjadi timbalan menteri pembangunan luar bandar, mencadangkan bahawa "daulah terpendam" memainkan peranan dalam keputusan untuk mendakwa 12 individu atas kaitan dengan LTTE, kumpulan pemisah Sri Lanka yang tidak lagi aktif dan dikelaskan sebagai pengganas oleh kerajaan.

Beliau berkata ini kerana keputusan untuk melakukan pendakwaan dibuat ketika peguam negara berada di luar negara selama dua minggu.

Antara yang didakwa ialah dua Adun DAP, G Saminathan dan P Gunasekaran.

Loading...

Sewaktu era Pakatan Harapan (PH), pemimpin-pemimpin PH semuanya tidak dikenakan sebarang tindakan, kes digugurkan, seolah-olah kebal dari undang-undang.

Setelah kejatuhan PH, undang-undang berjaya ditegakkan, seorang demi seorang pemimpin PH disiasat dan dihukum jika sabit kesalahan.

Jika sebelum ini mereka ada Tommy Thomas yang mempertahankan kesalahan, kini tidak lagi. Inilah yang rakyat mahukan, undang-undang ditegakkan di semua peringkat. – Mkini/Cinca


ARTIKEL BERKAITAN: Pengguguran kes LTTE akan disemak semula – KDN



Join our Telegram Channel
Telegram