Dr M: Kesalahan Muhyiddin lebih besar dari Najib



Mahathir mahu menjadi Perdana Menteri semula untuk perbetul kerosakan Muhyiddin.

Dalam jangka waktu enam bulan, menurut Mahathir, beliau akan berundur setelah Sidang Kemuncak Asia Pasifik (APEC), yang dijadualkan pada bulan November.

“Walaupun APEC mungkin tidak diadakan, tapi lepas APEC, iaitu akhir tahun ini, saya akan letak jawatan.

“Tetapi saya yakin bahawa perkara-perkara yang perlu dilakukan, saya boleh tunjuk cara-cara untuk melakukannya,” katanya.


Loading...

Sekali lagi, Mahathir menekankan bahawa penting untuk memastikan PH Plus mengalahkan PN terlebih dahulu, dengan mengatakan bahawa mereka mempunyai “banyak kerja” yang harus dilakukan.

Tambahnya, ini kerana PH Plus mempunyai tugas tambahan, iaitu membetulkan kesalahan yang dilakukan pemerintahan Muhyiddin.

Mahathir berkata bahawa ketika PH membentuk kerajaan setelah memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-14, mereka telah mengubah amalan meletakkan ahli politik mengetuai entiti yang berkaitan dengan kerajaan, dan menggantinya dengan golongan profesional yang sesuai dengan peranan tersebut.

“(Sekarang) bukan saja kesalahan Najib (Razak) dulu perlu diperbetulkan, tapi kesalahan Muhyiddin ini lebih besar.


“Kita telah tukar dari orang politik kepada (golongan) profesional (dalam mengetuai GLC), orang yang cekap dalam bidang perniagaan dan sebagainya.

‘Sekarang ini dia (Muhyiddin) tukar kepada orang politik balik. Sekali lagi akan berlakulah penyelewengan, curi duit dan sebagainya,” katanya.

Mahathir berkata, jika rancangan PH Plus berjaya untuk mengambil alih semula kerajaan, gabungan itu juga harus melihat campur tangan politik dalam urusan pemerintahan dan sistem kehakiman.

Mahathir berkata bahawa beberapa kes mahkamah telah menyaksikan mereka yang didakwa dengan pengubahan wang haram, rasuah dan curi wang dibebaskan dari tuduhan baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Saya tak pernah mungkir janji – Dr M

“Ini kita kena kaji semula. Kerana kalau kita mendapati ada pengaruh politik dalam sesuatu urusan kerajaan, kita mesti mengurangkan pengaruhnya.

“Kerajaan mesti berjalan sesuai dengan tatatertib kerajaan, undang-undang dan peraturan,” katanya.

Berhubung sama ada beliau bersedia memainkan peranan sebagai pembangkang sekiranya tawaran PH Plus tidak berjaya, Mahathir berkata beliau tidak akan mempunyai pilihan kerana beliau tidak bersedia untuk bekerja dengan Muhyiddin.

“Kalau kita tak dapat menang, apa nak buat? Tunggulah pilihan raya. Dalam pilihan raya, rakyat akan tentukan walaupun rakyat akan disogok seperti dulu.


Loading...

“Sebab cash is king (wang adalah segala-galanya). Slogan itu sudah kembali, didokong orang yang (dulu) menentang.

“(Tapi) saya yakin rakyat umumnya tidak suka amalan cash is king. Seperti mana PRU ke-14, mereka tolah cash is king, saya yakin dalam PRU ke-15 pun (rakyat akan tolak).

“Walaupun banyak duit akan diberi kepada rakyat untuk sokong parti Muhyiddin, Umno dan PAS, saya yakin rakyat tidak akan pilih mereka,” katanya.

Petikan ini diambil dari wawancara Mahathir bersama Mkini. – Mykmu



Join our Telegram Channel
Telegram