Haniff Khatri mewakili 2 tertuduh kes minta RM500,000



ALOR SETAR: Mahkamah Majistret di sini membenarkan permohonan mereman 3 pegawai Jabatan Peguam Negara yang berpangkalan di Pulau Pinang selama 3 hingga 6 hari bagi membantu siasatan rasuah untuk memperbaiki kes.

Tiga lelaki itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana disyaki menerima rasuah untuk memastikan pendakwaan seorang lelaki dalam satu kes jenayah komersial.

FMT diberitahu ketiga-tiganya meminta rasuah sebanyak RM500,000.


Loading...

Majistret Nur Shahida Abdul Rahim membenarkan reman 3 hari sehingga 4 Jun ini untuk seorang timbalan pendakwa raya berpangkat tinggi dan seorang rakan sekerjanya.

Beliau turut membenarkan reman 6 hari sehingga 7 Jun ini bagi seorang peguam kanan persekutuan.

Timbalan Pendakwa Raya, Tan Siew Ping mewakili SPRM, manakala peguam Haniff Khatri Abdulla mewakili 2 timbalan pendakwa raya. Peguam kanan persekutuan itu tidak diwakili.


Loading...

Semalam, satu sumber memberitahu FMT yang peguam kanan persekutuan itu menerima RM100,000 daripada seorang ejen samaran SPRM di sebuah hotel di Bayan Lepas, Pulau Pinang, yang menyebabkan dia segera ditahan.

Pegawai SPRM memerangkap salah seorang pendakwa raya itu dengan berpura-pura menjadi pihak berminat bagi memastikan pendakwaan seorang individu dalam satu kes.

Agensi anti-rasuah itu menerima satu aduan pada 16 Mei lalu mendakwa seorang pendakwa raya meminta RM500,000 “untuk memastikan kejayaan pendakwaan” terhadap individu tertentu. – FMT

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga pegawai undang-undang minta RM500,000 ditahan


Join our Telegram Channel
Telegram