Dalam politik kita akan panggil lawan sebagai Syaitan, walaupun dia baik, kata Dr M



Kuala Lumpur – Bekas Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata di dalam perang politik semua cara akan digunakan bagi memastikan pihak lawan boleh dikalahkan.

Menurut Mahathir, walaupun pihak lawan itu baik, namun sekiranya ia boleh membawa kemenangan maka gelaran buruk akan digunakan bagi melemahkan musuh.

“(Dulu) DAP memanggil saya diktator, rasuah, menyeleweng kuasa dan macam-macam lagi.

‘Kenapa ini terjadi? Kerana semasa anda sedang bertarung, kamu akan memanggil lawan sebagai syaitan walaupun dia ini orang yang baik,” katanya ketika diwawancara akhbar Sinchew Daily.


Loading...

Dalam temubual tersebut, Mahathir turut menyifatkan DAP yang dahulukan dikenali sebagai parti cauvinis dan rasis telah banyak berubah.

Menurutnya parti yang sangat ‘Cina’ itu dulu, kini mampu memenangi kerusi walaupun meletakkan orang Melayu sebagai calon.

Tengok DAP, apabila mula-mulanya ditubuhkan pada 1965, ia merupakan cawangan PAP Singapura.

“Mereka ‘sangat Cina’, tetapi DAP sedar bahawa mereka tidak boleh seperti PAP di Singapura kerana pada masa itu 75 peratus penduduk Singapura adalah orang Cina sementara 60 peratus penduduk sini adalah Melayu. Oleh itu, DAP telah banyak berubah,” katanya.


Loading...

Mahathir turut mendakwa apabila Bersatu menyertai pakatan politik yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah, beliau telah dicadangkan sebagai calon PM walaupun tidak meminta jawatan itu.

“Ini kerana masa itu Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berada di penjara dan tidak boleh menjadi calon PM. Kalau Anwar ada, saya yakin beliau akan minta jawatan PM.

“DAP, Amanah dan PKR mencalonkan saya sebagai PM, satu orang yang mereka panggil syaitan sebelum ini sedangkan saya tidak pernah meminta,” katanya.

Menurut Dr. Mahathir, sebagai seorang yang pragmatik, beliau boleh bekerjasama dengan DAP untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, walaupun wujud masalah antara beliau dengan parti itu.

ARTIKEL BERKAITAN:

Dalam pada itu, Dr. Mahathir tidak bersetuju bahawa Bersatu akan kalah jika bekerjasama dengan DAP.

“Mereka kata DAP mampu memusnahkan Melayu. Ini mengarut kerana orang seperti Najib dan Muhyiddin yang dapat memusnahkan Melayu. Ini kerana mereka menipu, rasuah dan sebagainya,” ujarnya lagi.

Sementara itu bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib telah tampil mempersoalkan kenyataan Mahathir tentang panggilan syaitan kepada lawan itu.

“Sebenarnya, saya tak berapa faham apa mesej yang PM7 cuba sampaikan.

“Adakah PM7 kata dulu DAP sangat jahat dan sering memfitnah dia dengan pelbagai tuduhan seperti diktator, rasuah, menyeleweng kuasa dan macam-macam lagi manakala dia sanggup menipu orang Melayu untuk memfitnah serta membenci DAP hanya kerana mereka bertarung masa itu?

Loading...

“Atau PM7 kata DAP sekarang sudah hilang prinsip dan tidak lagi memfitnah dia kerana DAP kini bergantung kepada PM7 untuk sedikit sokongan Melayu dengan memecah-belah undi Melayu manakala PM7 pula bergantung kepada DAP untuk kerusi-kerusi parlimen mereka?

“Ataupun PM7 kata dia sanggup terus memfitnah saya dengan pelbagai tuduhan walaupun saya orang baik hanya kerana PM7 bertarung dengan saya sekarang?

“Siapa boleh beri penjelasan?” soal Najib.

Sejak akhir-akhir ini dapat dilihat Najib kerap tampil menjawab tohmahan yang dilontarkan oleh Mahathir dan masyarakat dapat melihat yang Mahathir diam tidak mampu menjawab persoalan dari Najib. – SuaraTV/Cinca



Join our Telegram Channel
Telegram