Tengku Zafrul hairan kenapa Tun M, Guan Eng buat pinjaman sedangkan kewangan negara sangat kukuh



Menteri kewangan Tengku Zafrul Aziz telah membuat kenyataan bagi menzahirkan rasa pelik beliau berhubung keputusan kerajaan PH pimpinan Tun Mahathir membuat pinjaman luar kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh dan keputusan kerajaan PH meminjam menimbulkan banyak persoalan pelik

Beliau dilaporkan berkata, “Adalah menjadi persoalan besar bagi saya kenapa kerajaan PH begitu rakus membuat pinjaman wang melalui bon samurai sedangkan kedudukan negara masih kukuh? Apa sebenarnya motif Tun Mahathir dan Lim Guan Eng selaku menteri kewangan ketika itu telah menimbulkan banyak tanda tanya?”.

Secara tidak langsung kenyataan Tengku Zafrul menjelaskan bahawa negara tidak perlu membuat pinjaman di luar negara. Kenyataan Tengku Zafrul telah membongkar berhubung tujuan pinjaman tersebut dibuat.


Ramai berpendapat ada perkara yang disembunyikan oleh Tun Mahathir dan Lim Guan Eng dari pengetahuan rakyat berhubung tujuan pinjaman melalui bon samurai.

Sehubungan itu rakyat berpandangan adalah perlu bagi kerajaan menjalankan siasatan samada oleh SPRM atau pun satu RCI ditubuhkan bagi mencari jawapan mengapa Tun Mahathir dan Lim Guan Eng membuat pinjaman wang melalui bon samurai sedangkan kewangan negara kukuh.

Lebih-lebih lagi Mahathir telah membuat kenyataan terakhir sebagai Perdana Menteri sementara bahawa negara mempunyai simpanan dana kewangan bernilai rm2 trillion atau rm 2 ribu billion dan RM1.2 trillion dikumpul ketika 9 tahun Najib Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Sepanjang PH mentadbir negara selama 21 bulan rakyat dihidangkan dengan rintihan berterusan oleh Tun Mahathir dan Lim Guan Eng yang mengatakan keraaan tiada duit. Duit Najib curi.


Manakala Lim Guan Eng tidak putus-putus membuat kenyataan menipu rakyat dan Parlimen kononnya beliau mengharungi keadaan getir apabila mendakwa 5 bulan pertama beliau hanya berbekalkan hanya RM450 juta sahaja.

Kenyataan Guan Eng ini ternyata disambut sinis oleh sebahagian besar rakyat kerana mereka tahu bayaran gaji dan elaun penjawat awam pun sudah lebih RM8 billion sebulan. Tiada seorang pun penjawat awam yang tidak menerima atau terlewat dibayar gaji dan elaun masing masing.

Kenyataan Tun Mahathir ketika menjawat jawatan PM sementara bahawa negara mempunyai dana yang besar. Nilai RM2 Trillion seperti yang dinyatakanoleh Tun sesuatu yang jauh berbeza dari apa yang telah dinyatakan oleh Guan Eng .

Penulis berpendapat oleh kerana angka yang terlalu jauh bezanya antara angka yang dinyatakan oleh Tun Mahathir ketika menjawat jawatan terakhir sebagai Perdana menteri sementara dengan angka yang dinyatakan oleh Lim Guan Eng. Tanpa niat mahu memenjarakan sesiapa penulis merasakan adalah wajar kerajaan menubuhkan RCI berhubung kenyataan berbeza oleh dua orang penting negara ketika dibawah kerajaan PH itu.



Amat keji bagi sesebuah kerajaan dari awal hingga akhir berterusan menipu rakyat kononnya kantung negara hampir kehabisan wang kerana kononnya telah dicuri oleh bekas Perdana menteri sebelum itu semata mata mahu membunuh imej personaliti tersebut.

Apa pun, penulis sangat bersetuju dengan kenyataan Timbalan Presiden UMNO Tok Mat Hassan yang menyebut "sekiranya terdapat sebarang penyelewengan berhubung pengurusan kewangan negara tindakan tegas akan diambil.. Tindakan awal sepatutnya berhubung kenyataan tidak benar di Parlimen berhubung kedudukan kewangan negara.

Walau pun begitu kerajaan perlu mengambil ikhtibar dari tindak tanduk kerajaan terdahulu yang begitu terdesak untuk mengambil tindakan keatas bekas Perdana Menteri sehingga menimbulkan suasana lucu dikalangan rakyat apaabila dakwaan telah dibuat tetapi bukti bagi menyokong dakwaan sampai kesudah tidak dapat dikemukakan walau mahkamah berkali kali meminta agar peguam negara mengemukakan bagi penelitian hakim. – MindaRakyat





Join our Telegram Channel
Telegram