![]() |
Speaker Mohamad Ariff Md Yusof berkata pindaan urusan majlis Dewan Rakyat selaras dengan peraturan. |
PETALING JAYA: Kerajaan meminda urusan majlis mesyuarat Dewan Rakyat yang akan berlangsung selama sehari pada 18 Mei, menetapkan tiada sidang selepas titah diraja istiadat pembukaan penggal Parlimen oleh Agong pada 10 pagi hari itu.
Speaker Mohamad Ariff Md Yusof berkata beliau menerima surat daripada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, memaklumkan keputusan itu disebabkan penularan wabak Covid-19 “masih belum reda sepenuhnya”.
Loading...
“Pindaan ini selaras dengan Peraturan 11(2) dan 15(2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat,” katanya dalam kenyataan.
Ariff berkata setiausaha Dewan Rakyat akan mengeluarkan notis baru kepada semua ahli Dewan Rakyat. – FMT
ARTIKEL BERKAITAN:
- Dr M hantar notis usul tak percaya terhadap PM – Sumber
- Speaker terima usul tak percaya Dr M ke atas Muhyiddin
- Kalau PH berani, tuntutlah bubar parlimen – Najib
- Speaker terima usul tergempar Dewan Rakyat bersidang 8 hari
Join our Telegram Channel