PH pilih Anwar ketua pembangkang, bukan Mahathir



PETALING JAYA: Presiden PKR, Anwar Ibrahim dipilih majlis presiden Pakatan Harapan sebagai ketua pembangkang di Parlimen.

Pemilihannya oleh gabungan itu, yang kini dianggotai PKR, DAP, dan Amanah, diumumkan Anwar di Facebook hari ini.


Loading...

“Ya, saya ingat setiausaha majlis presiden Pakatan Harapan telah memaklumkan kepada speaker,” katanya dalam siaran langsung, dan menambah ia juga dimaklumkan kepada semua pembangkang, termasuk pemimpin PPBM yang pro-PH dan Warisan.

Istiadat perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-14 selama sehari akan berlangsung serentak dengan mesyuarat Dewan Rakyat pada 18 Mei.

Sidang Dewan Rakyat hanya akan membincangkan rang undang-undang dan usul kerajaan tanpa sesi jawab lisan, waktu pertanyaan menteri serta usul daripada wakil rakyat, kerana perintah kawalan pergerakan.


Loading...

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan sebelum ini memaklumkan sidang hanya akan dibuat selama sehari kerana keutamaan pada masa ini adalah keselamatan semua pihak yang terlibat dalam urusan persidangan Dewan Rakyat.

Persidangan kali ini yang pertama selepas tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan dan pembentukan kerajaan baru oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. – FMT



Please subscribe



Join our Telegram Channel
Telegram