Najib: Pemandu mabuk sebabkan kematian tidak didakwa membunuh, kata Loke



Amatlah jahat tuduhan bekas Menteri Pengangkutan DAP Anthony Loke bahawa kerajaan PN tiada keazaman untuk memerang masalah memandu sambil mabuk.

Dia kata dia sudah merangka beberapa cadangan pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi memperketat undang-undang berkaitan pemanduan di bawah pengaruh alkohol.

Antara cadangnya:
"Meminda Seksyen 44 iaitu memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol yang menyebabkan kematian boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga maksimum 20 tahun dan minima 6 tahun (hukuman penjara sekarang ialah tidak kurang daripada 3 tahun tetapi tidak lebih daripada 10 tahun).

Loading...

Selain itu juga, Loke yang juga MP Seremban berkata ketika itu beliau turut mencadangkan untuk menggantung lesen memandu untuk seumur hidup sekiranya seseorang didapati bersalah menyebabkan kematian semasa memandu dalam keadaan mabuk.

"Saya berpendapat seseorang pemandu mabuk yang telah meragut nyawa orang lain tidak layak untuk memandu di atas jalan raya," katanya lagi.

Ini bermaksud Anthony Loke cadang pemandu mabuk yang menyebabkan kematian hanya akan dikenakan denda maksima penjara 6 tahun hingga 20 tahun manakala lesen memandu digantung seumur hidup. Ini bermaksud pesalah tidak akan dihukum mengikut undang-undang kanun keseksaan membunuh dan tidak akan menghadapi hukuman mati.

Loading...

"Menurunkan kadar alkohol yang dibenarkan daripada 80 mg alkohol dalam 100 ml darah kepada 50 mg alkohol dalam 100 ml darah (atau kurang) mengikut piawaian World Health Organization.

"Meningkatkan denda dan penjara kepada pemandu yang melebihi had yang dibenarkan walaupun tidak terlibat dalam kemalangan," jelasnya.

Ini bermakna pemandu masih dibenarkan memandu walaupun telah minum arak cuma had pengambilan alkohol dikurangkan sedikit. Kalau di China, hadnya adalah 0mg manakala had di Taiwan dan Jepun adalan 25mg dan 15mg masing-masing. Bukan 50mg seperti dicadang Anthony.

ARTIKEL BERKAITAN: Loke: Tiada tolak ansur pada pemandu mabuk

Adakah kamu setuju dengan pindaan yang dicadangkan Anthony?

Kerajaan PN tak setuju dengan Anthony.

Sebab itu kerajaan PN sedang merangka hukuman yang lebih berat melalui kaji selidik awam sebelum mengusulkan pindaan RUU pada sesi parlimen akan datang.

Ini posting Anthony. Baca sendiri. Rujuk di sini.

– Najib Razak



Join our Telegram Channel
Telegram