Moratorium: Kerajaan sudah kecualikan cukai, bank patut kecualikan faedah – Zahid



KUALA LUMPUR, 1 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebagai tanda sepakat menghadapi wabak COVID-19, pihak bank sewajarnya berlapang dada memberi pengecualian faedah kepada rakyat.

“Apabila kerajaan sedia beri pengecualian cukai kepada institusi kewangan sepanjang tempoh moratorium, sewajarnya bank berlapang dada beri pengecualian faedah kepada rakyat tanda sepakat kita menghadapi COVID-19,” ciapnya di Twitter miliknya hari ini.


Loading...

Untuk rekod, semasa membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat pada 27 Mac lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pihak kerajaan amat berterima kasih kepada Bank Negara Malaysia dan industri perbankan yang menawarkan moratorium bayaran pinjaman selama enam bulan.

Ujarnya lagi, sebagai balasan kerajaan bersetuju supaya pendapatan pihak bank dari faedah atau keuntungan ke atas pinjaman atau pembiayaan yang terlibat dengan penangguhan bayaran balik pinjaman atau pembiayaan ini, hanya dikenakan cukai apabila pendapatan tersebut diterima selepas tempoh moratorium.


Loading...

Dalam perkembangan berkaitan, dalam twitnya, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menyambut baik pengumuman Muhyiddin berhubung dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Namun, kerajaan dan rakyat perlu komited demi kepentingan dan keselamatan negara.

“Kelonggaran yang diberi jangan sampai wujudnya kenaikan kes baharu COVID-19 selepas ini,” katanya sambil meninggalkan tanda pagar #kitajagakita. – UMNO ONLINE

ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram