Marzuki sanggah Mahathir Bersatu bukan lagi dalam PH



1. 13 Mac: Anwar Ibrahim menegaskan Bersatu bukan lagi sebahagian daripada komponen Pakatan Harapan (PH).

“Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) sekarang hanya mempunyai tiga parti berikutan pengunduran Bersatu daripada gabungan itu.

“Kamu kena tanya dia, dia mungkin menukar fikirannya esok,” katanya berseloroh tetapi kemudian mengatakan Mahathir bukan lagi merupakan anggota PH. – Malaysiakini, 13 Mac 2020.


Loading...

2. 18 Mei: Mahathir Mohamad menegaskan Bersatu masih sebahagian daripada komponen PH.

“Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan parti itu masih sebahagian dalam PH dan akan kekal dalam gabungan itu selagi Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) tidak membuat keputusan sebaliknya.

“Masih (dalam PH), sehingga keputusan untuk keluar dibuat oleh MPT.

“Jika kita mahu keluar, (maka) kita akan keluar,” katanya dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya hari ini. – Malaysiakini, 18 May 2020.


Loading...

3. 21 Mei: Bekas Setiausaha Agung Bersatu, Marzuki Yahya menegaskan Mahathir dan empat Ahli Parlimen Bersatu tidak melanggar Perlembagaan Bersatu dengan duduk di blok pembangkang pada persidangan Parlimen 18 Mei lalu dengan alasan mereka hanya sokong PH tetapi tidak berada dalam gabungan Pakatan Harapan.

“Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad dan MP parti yang berpihak kepadanya hadir sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu dan telah duduk di kerusi anggota parlimen bebas serta bukan di kerusi pembangkang, kata Marzuki Yahya.

“Saya fikir ia suatu yang lazim, kami sokong PH tapi kami tidak berada dalam gabungan PH,” katanya dalam suatu kenyataan. – Malaysiakini, 21 May 2020.


Loading...

4. Berbelit sungguh kenyataan yang dibuat oleh Mahathir dan Marzuki. Mana satu, masih sebahagian daripada kompenen PH atau tidak? – Cinca / Dr Kamarul Yusuff



Join our Telegram Channel
Telegram