Kerajaan nafi izin buka kedai nombor ekor



Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media
sosial:

1. Kerajaan menafikan bahawa kelulusan telah diberikan kepada Agensi Nombor Ramalan (NFO) iaitu Magnum 4D Berhad, Sports Toto Malaysia Bhd dan Pan Malaysia Pools Sdn Bhd (Damacai) untuk mula beroperasi pada 6 Mei 2020 seperti tular di media sosial. Semua NFO telah diarahkan untuk TUTUP OPERASI sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.


Loading...

2. PDRM menafikan visual di media sosial yang memaparkan orang ramai berpusu mengunjungi pusat belian borong di Jalan Pudu sehingga melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

PDRM menjelaskan kesesakan tersebut terjadi kerana para pekerja sampai serentak dan terpaksa masuk melalui satu laluan sahaja untuk membuka semula premis perniagaan mereka.

Pasukan Respons Pantas
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM
4 Mei 2020│8.00 Malam


Loading...





Loading...





Join our Telegram Channel
Telegram