Kerajaan Kedah sah tumbang. Babai Mukhriz



Dr Robert Ling Kui Ee dan Azman Nasrudin membuat pengumuman rasmi dalam satu sidang media bersama.

Dua Adun PKR di Kedah, Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam) dan Azman Nasrudin (Lunas) mengumumkan keluar daripada parti itu.

Dalam satu sidang media bersama tengah hari ini, Ling berkata beliau telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan presiden Anwar Ibrahim.


Loading...

Azman pula berkata keputusan itu dibuat setelah membuat pertimbangan secara mendalam.

"Saya dan Robert memberi sokongan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin," kata Azman.

Mereka berdua juga berkata tidak lagi menjadi "adun PKR".

Pengumuman itu sudah dijangka dengan seorang pegawai Ling memberitahu Malaysiakini bahawa kedua-duanya akan mengadakan sidang media berkenaan "kedudukan" dalam kerajaan negeri.

Dengan pengumuman Ling dan Azman itu, Menteri Besar Mukhriz Mahathir kini mempunyai sokongan 17 kerusi di DUN dan PN pula 19 kerusi.


Loading...

Pada masa sama, Perikatan Nasional (PN) Kedah turut mengeluarkan satu jemputan “sidang media khas”, dijadualkan berlangsung jam 3 petang ini di Kompleks PAS Kedah.

Minggu lalu, Pesuruhjaya PAS Kedah Ahmad Yahaya membuat kenyataan bahawa perubahan kerajaan negeri Kedah “sudah tidak dapat dielakkan lagi” dan mendakwa PH tempang di Kedah dan hilang majoriti.

Malah, Ahmad turut menyatakan bahawa pihaknya bersedia untuk menerajui pentadbiran Kedah.

Mukhriz yang juga timbalan presiden Bersatu, mengekalkan kerajaan PH di Kedah meskipun presiden parti Muhyiddin Yassin telah membawa Bersatu keluar daripada gabungan itu untuk membentuk PN bersama-sama BN, PAS, GPS dan wakil bebas.

Mukhriz mencabar Muhyiddin untuk jawatan presiden dalam pemilihan parti yang kini tertangguh gara-gara Covid-19. – Mkini




Join our Telegram Channel
Telegram