Ismail Sabri: Saya tak pernah kata mereka yang balik kampung beraya biar dibuang kerja



Menteri Pertahanan Dato' Sri Ismail Sabri Yaacob sebentar tadi menafikan tuduhan bahawa beliau telah mengeluarkan kenyataan mereka yang melanggar Perintah Pergerakan Pergerakan Bersyarat dengan pulang berhari raya di kampung agar dibiarkan dibuang kerja.

Beliau sebaliknya menegaskan menyebut eloklah mereka yang terlibat kembali semula ke tempat kerja walaupun mungkin tidak melepasi sekatan jalan raya dan dikompaun kerana ia lebih baik daripada hilang pekerjaan.

Penafian itu dibuat bagi menjawab pertuduhan fitnah yang berniat jahat yang dilontarkan oleh seorang individu yang menggunakan nama Abas Saad di halaman facebook hari ini.


Loading...

Berikut adalah kenyataan yang dimuatnaik oleh Ismail Sabri di halaman rasmi facebook miliknya;



Merujuk kepada hantaran Abas Saad berkenaan rakyat Malaysia yang pulang ke kampung berhari raya.

Ini adalah hantaran yang berniat jahat dan fitnah yang jauh menyimpang dari kenyataan saya dalam laporan harian saya setiap pukul 2.00 petang yang didengari seluruh rakyat Malaysia.

Saya tidak pernah menyebut sesiapa yang terlibat dibiarkan dibuang kerja, sebaliknya saya menyebut “eloklah kembali semula ke tempat kerja walaupun mungkin tidak melepasi sekatan jalan raya dan dikompaun. Lebih baik dikompaun daripada hilang pekerjaan”.


Loading...

Dalam satu kenyataan dalam sidang media saya sebelum ini, kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia yang curi-curi balik ke kampung sepanjang tempoh PKPB untuk kembali pulang ke rumah masing-masing bagi tujuan bekerja meskipun terpaksa dikenakan tindakan kompaun.

Mana mungkin saya membiarkan rakyat Malaysia hilang pekerjaan lebih-lebih lagi pada pandemik COVID-19 ini.

Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk menyemak kesahihan berita sebelum menyebarkan sebarang kandungan.

Jangan lah berkongsi perkara yang tidak sahih lebih-lebih lagi ketika pandemik COVID-19 ini.



Tangkap layar yang dikongsikan bersama penafian oleh Dato' Sri Ismail Sabri Yaacob.

Mengikut tinjauan kami, hantaran yang dibuat oleh Abas Saad sudah tidak dapat diakses yang mungkin telah diturunkan beberapa ketika selepas penafian Ismail Sabri dibuat.

Bagaimanapun dapat dilihat entri terbaru Abas dinaikkan yang merupakan permohonan maaf secara terbuka kepada Ismail Sabri yang turut dinyatakan bahawa beliau juga merupakan seorang penyokong Umno selamanya.

“Kepada DS Ismail Sabri, saya dengan rendah hati ingin memohon ampun dan maaf atas siaran fb saya pagi tadi atas salah pemahaman terhadap arahan patah balik kpd mereka yg melanggar PKP balik kampung. Apapun saya adalah penyokong UMNO selamanya.” kata Abas.

Setakat ini masih tidak diketahui samada laporan kepada pihak polis atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah dibuat oleh pihak Ismail Sabri.


Loading...

Rata-rata netizen mengecam tindakan Abas yang membuat tuduhan fitnah ke atas Ismail Sabri yang mana telah mencalarkan kehormatan beliau.

Ada yang menyatakan, Abas telah ditegur kerana fakta yang dikongsikan tidak benar namun tidak melakukan sebarang pembetulan sehinggalah Ismail Sabri membuat penafian.

“kan tadi ramai yg tegur posting tuan xbetul, termasuk sy.. kenapa xbertindak segera masa tu.. ego ke?” komen Norzaidatul Yasin.

“Dulu saya suka baca posting Pak Abas ni.. tapi sekarang ni dah sedikit berubah mcm posting geng PH pula gayanya.. tak selidik dulu sebelum ulas.” komen Musa Sabri. – Cinca






Join our Telegram Channel
Telegram