Imam cabut lari tinggalkan jemaah ketika diserbu polis



Seorang imam yang dikenali sebagai Syeikh di Mesir menjadi terkenal setelah videonya disebarkan secara meluas di media sosial.

Dilaporkan bahawa kejadian itu berlaku semasa solat Aidilfitri pada 1 Syawal yang lalu.

Alaraby.co.uk melaporkan bahawa video tersebut menunjukkan seorang syeikh yang memimpin solat Aidilfitri tiba-tiba melarikan diri ketika memimpin solat jemaah.

Loading...

Dia melarikan diri setelah melihat kelibat pihak polis menghampiri kumpulan jemaah.

Kelihatan imam tersebut berlari laju menyelamatkan diri itu meninggalkan jemaah telah mengundang ketawa netizen.

“Lari, Syekh Mahmoud!” tulis seorang pengguna media sosial di Twitter.

Pihak berkuasa dalam satu kenyataan mengatakan bahawa Syeikh tersebut sebenarnya adalah imam “tidak rasmi”.

Loading...

Kementerian Awkaf Mesir juga mengesahkan bahawa dia bukan imam yang dilantik secara rasmi oleh kerajaan Mesir.

Kes Covid-19 di Mesir kini mencecah 19,666 dan 816 daripadanya sudah meninggal dunia, dengan 5,205 pesakit telah pulih.

Pandemik ini telah memaksa pihak berkuasa untuk menjalankan tindakan tegas. Termasuk menutup masjid dan melarang solat berjemaah. – Vocket



Please subscribe



Join our Telegram Channel
Telegram