Facebook Amran Fans, Rani Kulup kini milik RBA DAP – Sumber



Halaman Facebook berbentuk troll dan parodi tidak asing lagi di Malaysia. Boleh dikatakan halaman serupa ini kebiasaannya mendapat sambutan dari netizen.

Mungkin kerana kandungannya yang lebih dekat dengan kehidupan masyarakat dan cara penyampaiannya yang lebih santai dan menepati citarasa warganet.

Namun sejak akhir-akhir ini dapat diperhatikan halaman facebook seperti ini mula menyentuh isu politik yang agak melampu.

Halaman-halaman ini mula memainkan isu perkauman, dilihat seolah-olah melagakan sesama bangsa Melayu, menggalakkan perpecahan dan di dalam masa yang sama mengangkat parti yang rasis seperti DAP secara halus.


Loading...

Halaman facebook yang dimaksudkan adalah halaman facebook yang menggunakan nama 'Amran Fans' dan 'Abdul Rani Kulup Fans - Official'.

Perkara ini didedahkan oleh Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri di entri terkini di halaman facebook miliknya.

Menurut Azri atau yang juga mesra dengan panggilan Papagomo itu, halaman facebook ini telah dijual kepada DAP. Ini adalah modus operandi Red Bean Army (RBA) yang didalangi oleh DAP, katanya.

"Saya sudah lama bergiat di dalam media sosial tuan-tuan. Kewujudan RBA adalah benar-benar berlaku.


Loading...

"Mereka sekarang ni nak pecah-belahkan orang Melayu. Mereka takut sebab sekarang ni orang Melayu dah bersatu.

"Jadi mereka nak becah belahkan Melayu. Fitnah sana ini, nak bagi kita Melayu ni bergaduh," dedah Azri.

Azri mendedahkan halaman 'Amran Fans' kini sudah dimiliki oleh seorang wanita Melayu yang diperalatkan oleh DAP, tanpa menyebut namanya.

Tidak lama selepas pendedahan Azri itu seorang wanita berbangsa Melayu, Marina Ibrahim yang juga merupakan ahli DAP tampil mengecam hantaran yang dibuat oleh Azri sekaligus menafikan beliau telah membeli halaman facebook 'Amran Fans'.

Marina tiba-tiba menafikan dari membeli page Amran Fans padahal tiada sesiapa pun menuduh beliau.

Penafian Marina mengejutkan ramai pihak dan sekaligus telah membenarkan pendedahan Azri sebelum ini.

"Aku cakap perempuan tapi tak sebut nama tetiba minah D4P ni mengelupor kenapa? 😆

"Aku tak suka popularkan orang tapi untuk minah D4P ni takpe, Aku up dia kasi dia popular. D4P memang suka Melayu jenis macam ni. Untung sabut esok PRU15 minah ni akan dicalonkan D4P bertanding.

"Kerja D4P memang nak rekrut Melayu, itulah yang D4P buat selama ni dan Aku rasa Kau orang dah tengok banyak contoh yang ada. D4P tak boleh menang hanya undi Cina dan mereka mesti raih undi Melayu untuk berkuasa sepertimana yang berlaku PRU14 lepas.

"Sama lah macam zaman Komunis dulu, Chin Peng rekrut Melayu dan guna Melayu untuk tarik anak Melayu join Komunis. Ada Melayu join Komunis dan mereka ini ingat mereka berjuang untuk negara walhal Ching Peng ketua Komunis menggunakan Melayu untuk kepentingan nya semata-mata.

"Wake up anak Melayu, takkan kita nak jadi hamba mereka Komunis ni? Ni tanah air kita, kenapa perlu jadi barua D4P?" komen Azri melalui satu hantaran yang lain.

Marina Ibrahim bersama bekas Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching (DAP).

Marina merupakan Bendahari Wanita Harapan Johor. Pernah atau mungkin masih lagi menjadi pegawai khas kepada bekas Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching (DAP).

Marina juga pernah menjawat jawatan Ahli Majlis Kulai sebelum kerajaan Pakatan Harapan tumbang di Johor.

Azri juga turut mendedahkan halaman facebook 'Abdul Rani Kulup Fans - Official' adalah milik RBA.

Beliau membuktikan dengan menelefon Abdul Rani Kulup sewaktu membuat video facebook live (rujuk video di bawah) dan Abdul Rani telah mengaku tidak mempunyai sebarang kaitan dengan halaman tersebut.

Laporan polis telah dibuat ke atas halaman tersebut dan satu lagi laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) akan dibuat pada hari ini, katanya.

Tinjaun kami menemukan halaman facebook OPS JOHOR juga mendedahkan perkara yang sama. – Cinca

ARTIKEL BERKAITAN: Jadilah seperti babi – Marina DAP



Please subscribe


Loading...





Loading...





Loading...





Join our Telegram Channel
Telegram