Covid-19: Arab Saudi sumbang lebih 7 juta unit peralatan perubatan kepada Malaysia



Malaysia terus terima penghormatan dan bantuan daripada rakan negara semasa krisis Covid-19.

Hari ini Kerajaan Arab Saudi melalui perkenan Raja Arab Saudi yang juga Penjaga Dua Masjid Suci, Baginda Raja Salman Abdulaziz Al Saud bermurah hati menyumbang 7,542,170 unit peralatan perubatan kepada rakyat Malaysia.

Berita gembiran ini disampaikan sendiri oleh Duta Arab Saudi ke Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Dr Mahmoud Hussein Saeed Qattan sewaktu pertemuan di Wisma Putra hari ini.


Loading...

Ini termasuklah;
5 juta unit Surgical Masks,
1 juta unit N95 Face Masks,
741,840 unit Jumpsuit Overalls,
300 ribu unit Face Shields,
200 ribu unit Head Cover,
200 ribu unit Protective Clothing,
100 ribu unit Boot Cover,
150 unit Portable Ventilators,
100 unit Non Invasive Ventilators,
80 unit ICU Ventilators.

Kesemua peralatan perubatan ini akan disalurkan melalui King Salman Humanitarian Aid and Relief Centre.


Loading...

1,000,000 unit N95 Face Masks telah kita terima dan diserahkan kepada KKM. Selebihnya akan diterima secara berperingkat.

Terima kasih kepada Raja Arab Saudi, Baginda Raja Salman Abdulaziz Al Saud; Putera Mahkota merangkap Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Arab Saudi, Yang Teramat Mulia Putera Mohammed bin Salman; Menteri Luar Arab Saudi, Yang Mulia Putera Faisal Farhan Al Saud; dan seluruh kepimpinan tertinggi Kerajaan Arab Saudi.

Semoga hubungan 🇲🇾🇸🇦 terus utuh dan berkekalan. InsyaAllah.

– Hishammuddin Hussein


Please subscribe







Join our Telegram Channel
Telegram