Bon Samurai: Guan Eng bakal diheret ke Mahkamah



Pelbagai pihak mendesak kerajaan menjalankan siasatan sama ada melalui SPRM ataupun satu RCI ditubuhkan bagi mencari jawapan mengapa bekas Menteri kewangan Lim Guan Eng membuat pinjaman Bon Samurai daripada Jepun.

Ini menurut Pengarah Jabatan Amal Malaysia Shehdi Hazrik Samsudin berkata, kerana Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui bahawa negara mempunyai simpanan dana kewangan bernilai RM2 trilion dan RM1.2 trillion dikumpul ketika beliau menjadi Menteri Sementara baru-baru ini.

Loading...

Katanya, Guan Eng sebelum ini sering membuat kenyataan yang meragukan mengenai status kewangan negara baik hutang negara mahupun pendapat dan perbelanjaan negara sehingga pernah mendakwa lima bulan pertama beliau hanya berbekalkan RM450 juta sahaja sedangkan gaji dan elaun penjawat awam pun sudah lebih RM8 bilion sebulan.

“Tanda tanya mengapa pinjaman ini dibuat boleh membuka ruang kepada ketidaktentuan ekonomi negara ini kerana hutang Bon Samurai yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia dengan jaminan kerajaan asing bakal menjadikan ekonomi Malaysia lebih terdedah kepada risiko mata wang asing terutama Yen,” katanya dalam satu kenyataan seperti disiarkan dalam Harakah Daily.

Loading...

“Malaysia sebelum ini mempunyai hutang dalam mata wang asing yang sedikit setiap tahun dan keseluruhan hutang negara adalah dalam bentuk mata wang Ringgit Malaysia.

“Namun pada Jun 2019, hutang dalam bentuk mata wang Yen telah meningkat kepada RM 13 bilion,” ujarnya.

Ujarnya, walaupun kadar faedah yang dikenakan kepada Bon Samurai tersebut serendah 0.63 peratus namun kita perlu melihat juga nilai perdagangan mata wang asing atau kesan faktor forex ini kerana ia boleh menjadikan kadar faedah juga terkesan kepada kenaikan mata wang asing tersebut berbanding ringgit. – Sarawak Voice

ARTIKEL BERKAITAN: Tengku Zafrul hairan kenapa Tun M, Guan Eng buat pinjaman sedangkan kewangan negara sangat kukuh


Join our Telegram Channel
Telegram